Friday, May 23, 2008

MAKAN DENGAN BETUL

Baru-baru saya pergi satu seminar dan salah satu kertas kerjanya ialah "Peranan makanan dan gaya hidup dlm membina otak yang sihat". Berikut adalah beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama:

1. DiSIPLIN dalam mengambil makanan (ramai org selalu abaikan walaupun dah tahu) :
  • mengambil bahan makanan dan minuman yg halal semata2 & tidak menyentuh langsung bahan yg haram (menyebabkan kemudaratan)
  • Tidak makan dan minum berlebihan - akan menyempitkan ruang utk minum jika perut dipenuhi makanan dan jika perut dipenuhi minuman pula ia akan menyempitkan ruang utk bernafas. Akan menyebabkan kesakitan dan keletihan. Disinilah berpuncanya penyakit kerosakan hati dan kemalasan anggota badan utk beribadah sebaliknya menggerakkan syahwat yg lazimnya disebabkan oleh kekenyangan. (tetapi kalau kekenyangan itu sekali-sekala, tak apa).
  • Memakan makanan yg disukai oleh seseorg yg berzat & berkhasiat. Jangan paksa diri kalau tak suka makan sesuatu yg tidak disukai, akan mendtgkan kemudaratan. (amalan Rasulullah s.a.w).
  • Kedudukan yg betul ketika hendak makan dan minum. Untuk proses pengkhadaman. Jangan bersandar dan jangan baring tetapi duduk di atas kedua2 lutut, letak tapak kaki kiri atas belakang kaki kanan (spt yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w)
  • Ambil minuman yg berkhasiat. Rasulullah s.a.w suka minum madu + air sejuk. Memberi kekuatan pd jiwa, jantung dan hati.
  • Jangan tidur selepas makan. Berjalan selepas makan malam & jangan terus tidur. Rasulullah s.a.w mengatakan org yang terus tidur selepas makan akan keras hati.
  • Menjaga dan memelihara tidur. Bangun tengah malam utk ibadah, jangan tidur selepas Asar- rosak akal.

EPAL (hijau) dan daun ketumbar boleh menyebabkan OTAK LEMBAB.

Sumber: dibentangkan oleh Pn.Norkumala Awang (Ikim)

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU


Guru..
jangan putus asa
jangan jemu
jangan kecewa
jangan ada benci
jangan menangis
jangan menyesal

TETAPI
cekalkan hati
teruskan usaha
tabahkan hati
teruskan azam
berikan kasih
buang rasa dendam
redhakan hati
ikhlaskan jiwa
16 Mei 2008

Friday, May 9, 2008

Anak derhaka 1

Kadangkala tanpa ibu bapa sedari, mereka juga menjadi punca anak-anak terus menderhaka dan lalai tanggung jawab terhadap Ilahi atau lalai dlm laksanakan peranan mereka samada sebagai anak, hamba Allah, pelajar,pekerja,isteri,anak dll:
  1. kerana terlalu sayangkan anak, ibu bapa kadangkala pejamkan mata saje apabila anak2 buat kesalahan, tak kiralah kesalahan kecil atau besar.
  2. sama juga macam seorang suami, apabila isterinya derhaka atau buat sesuatu yg salah, orang hanya akan salahkan si isteri itu tapi org tak pernah pikir sebenarnya si suami sebenarnya yg bodoh kerana tak didik isterinya jadi baik
  3. ibu bapa kadangkala melihat perkara yg kecil sebagai remeh...tak penting, contohnya bila anak-anak tak mahu membantu ibu bapa melakukan sesuatu seperti basuh pinggan/buang sampah/kemas...mereka pun kata tak pelah...kecik lagi.../ aku boleh buat sendiri...
  4. bersambung...

Thursday, May 8, 2008

Hari Ibu

Seorang ibu akan tetap dan terus mendoakan anak-anaknya walaupun anaknya serring melukan hatinya malah menderhaka sekalipun ...seorang ibu tidak akan pernah berhenti dan putus asa dalam doanya...

Jadi, jaya atau bahagianya seorang anak itu walaupun sering menyakiti hati ibu, adalah kerana doa2 yang dipanjatkan oleh seorang ibu setiap masa..

Kecewa dan sengsaranya anak itu juga kerana kecewanya si ibu terhadap anaknya....ye ...mungkin sehingga ia berhenti dari doanya untuk seketika waktu atau ia tidak melabuhkan kemaafan..

Ohh..ibu

Wednesday, May 7, 2008

Selamat Hari Ibu

Syukurlah aku masih lagi dapat merasai belaian seorang ibu. Mudahnya kita melafazkan bahawa kita menyayanginya tetapi adakah kita selalu pastikan bahawa hatinya tidak akan terguris luka kerana kata2 kita atau perbuatan kita.

Seorang ibu.....hatinya mudah terusik...hatinya juga pemaaf....hatinya juga mudah terdetik...Itulah juga yg kini kurasai setelah menjadi ibu...Bak kata cerdik pandai...naluri ibu terhadap anaknya sangat kuat kerana ia telah berkongsi rasa, gembira, suka, duka, sendu, redha,syukur selama 9 bulan..

Ya Allah...berilah aku kekuatan untukku tabah mendidik anak-anakku...istiqamahku pd anak2 yg tidak ternilai ini...Maafkanku ibu...redhakanlah anakmu ini...halalkan segalanya2..aku cuba untuk menjadi ibu terbaik sepertimu..

Tuesday, May 6, 2008

Rinduku pada teman

Entah kenapa hatiku rasa rindu sesangat dengan selalu teringat pd Zah (pemilik nama sebenar Zalizah Zahid). UKM 91-95.

Nombor telefon dah hilang, cari kat blog pun tak jumpa, harap-harap adalah rezeki jumpa dia. Apalah khabarnya sekarang, anak dah bape zah .......Masih tinggal di Serendah ke...kami masih lagi di shah alam.

Nak cuti 60 hari atau 90 hari

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Kalau dapat cuti bersalin 90 hari memang seronok., tapi kalau orang yang tak susukan anaknya lagi sebaik lepas pantang, buat apa nak cuti lama2. Rugi je. Maknanya 90 hari itu akan disalahgunakan. Kalau ada option mungkin lebih baik, sapa yg nak cuti 60 atau 90 hari.

Bagi saya, kalu tak dapat cuti 90 hari pun, saya tetap masih dapat menyusukan anak bahkan sampai 2 tahun anak saya menyusu badan..alhamdulillah...ada rezeki untuk anak tu. Tapi yg lebih penting cuti untuk mereka yg bersalin anak yg ke enam dan ke atas. Sebab limit cuti bersalin adalah 5 anak je. jadi perlu dipikirkan camne nak bagi cuti utk org yg bersalin anak ke lima dan ke atas ni......dia org tak leh dapat cuti 60 hari lagi.

Friday, May 2, 2008

Naik dan naik

Apakah tindakan yg terbaik agaknya apabila harga beras naik dan juga barang2 yg lain? Tak payah makan nasi boleh tak? Bagi sebahagian orang tentu boleh malah mungkin diet yg terbaik tapi bagi kanak2 tak boleh la kan.....sian kat dio orang.

nampaknya kita kena beli beras yg paling murah lah....ye ke...