Saturday, December 26, 2009

Majlis Khatam Program sebulan bersama alHafiz



Bermula 1 Disember hingga 25 Disember alif ikut program sebulkan bersama al-Hafiz. Kelas setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Di kelas ni, dia bertemu semula dengan rakan2 lamanya semasa di tadika little khalif. Majlis ini berlangsung pada 25 disember.

Ihtifal 'Irdina



Tuesday, December 8, 2009

7 Disember: Hari Lahir Inshirah ke 11



Isnin 6 Disember 2009- Hari Lahir Inshirah yang ke 11. Saya hadiahkan dia tudung tapi dah bagi 3 hari sebelum tu. Insyaallah kami akan buat sedikit jamuan untuknya dan 2 lagi sepupunya yang juga lahir pada bulan disember.

Wednesday, December 2, 2009

Cuti sekolah-apa nak buat

Banyak program yang dibuat di musim cuti sekolah ni. Cuma ibu bapa kene sediakan duit sahaja. Tapi boleh katakan sume program sama ada tuisyen ke, kem motivasi, kreatif kelas, mengaji dan sebagainya semuanya mencecah RM100 hingga 400. Kalu anak sorang tak pe lagi tapi kalu macam saya anak yang sekolah 3 orang , kalau seorang 300, 3 orang dh 900..fuhhh dasyat. Tapi saya rasa di lembah kelang ni je yang harga mahal camtu, kalau kat luar lembah klang mesti murah. Buat masa ni anak kedua, aliff, saya hantar kelas mengaji dan hafazan setiap hari dari jam 8 - 5 pm selama sebulan. Harganya rm330, kakak inshirah akan masuk kelas persediaan upsr dari 7-9 disember dan 14-16 disember.Harganya rm150. Dan mungkin akan masuk kelas memasak. Dina setakat ni tak de nak masuk mana2 tuisyen atau kelas cuma saya mengajar mengaji di di rumah

Monday, November 2, 2009

Ketepikan sikap ego...duhai doktor

Semalam (Ahad), selepas saya selesai tugas2 pengawawasan peperiksaan di uitm saya bergegas pulang untuk pergi pula ke rumah pak cik saya yang mengadakan majlis perkahwinan sepupu saya. Tetapi sebelu pergi ke rumahnya di seksyen 2, saya singgah dulu ke sebuah klinik di seksyen 2 kerana 'aliya (bongsu) cirit-birit. Sampai di klinik tersebut , ia masih tutup dan dinyatakan pukul 3 baru buka. Saya menuggu sahaja kerana hanya tinggal 5 minit sahaja ke pukul 3. Apabila jam 3, klinik pun dibuka dan suami saya terus menulis borang, selepas tu dia masuk ke kereta menjaga anak yang lain dan saya masuk ke klinik dengan 'aliya. Beberapa pesakit kemudiannya memasuki klinik tersebut. Selepas 10 minit saya perhati, pesakit belum dipanggil dan saya menjangkakan pastinya doktor belum masuk lagi. Jangkaan saya tepat apabila saya mendengar kakitangan klinik menjawab panggilan telefon dan menyatakan kepada si pemanggil tersebut bahawa ada beberapa pesakit telah menunggu. Selepas panggilan telefon itu saya bertanya kepada petugas, adakah doktor sudah datang? Dia kata, doktor datang sebentar lagi.
Hati saya berkata" aku nak tenguk berapa minit doktor tu sampai", Lebih kurang 15-20 minit selepas itu barulah saya nampak doktor bertugas masuk. Giliran saya adalah kedua tetapi bayangkan tempoh saya menunggu sehingga 40 hingga 45 minit untuk mendapat rawatan. Kalau macam tu buat apa ditulis klinik buka pukul 3 kalau doktor pun tak de, kalau doktor pun tak sanggup untuk tunggu pesakit (kalau doktor sudah berada jam 3 juga, sama dengan masa klinik dibuka), pernahkah mereka fikir apakah perasaan pesakit yang terpaksa menuggu kehadiran doktor sehingga 20-30 minit, lepas tu tunggu lagi giliran 5 hingga 10 minit.
Saya rasa inilah ego seorang doktor, biar pesakit menuggu dia dan jangan doktor yang tunggu pesakit. Apa salahnya pun kalau dia menunggu pesakit, bukan ke banyak kerja boleh diisi masih terluang itu seperti membaca, search internet ke, tak pun main je la apa2 game yang ada. Dimanakah ihsan seorang doktor. Ini adalah sebahagian contoh dari banyak nya doktor yang saya dah lihat berperilaku seperti ini. Sebagai seorang Islam, kenapa tidak tojolkan nilai-nilai Islam itu dalam pekerjaan, sebab tugas mereka itu juga sudah sangat murni.

Sunday, October 18, 2009

Muffin Blueberry


muffin blueberry jika di bakar dia mesti rata bentuknya tak mcm yg lain tapi kalu dikukus memang dia cantik , putih dan gebu. saya lebih suka kukus, lagipun x nampak berminyak kalu dah sejuk

Ulang Tahun ke 2 Iman 'Aliya (Tahun Masihi)


Hari ini 18 Oktober 2009 adalah tarikh lahir tahun masihi Iman 'Aliya yang kedua. 'Aliya lahir pada syawal yang ke enam. Sya lahirkannya dua tahun lalu di DEMC seksyen 9 pada jam 1 pagi di sambut oleh dr Noreen. Alhamdulillah kelahirannya mudah dan tiada masalah. 'Aliya banyak bercakap dan paling suka ikut apa yang orang lain cakap.

Saturday, September 26, 2009

Cerita raya 2009





cara memasukkan pulut ke dalam daun ketupat palas,pulut ditanak dahulu dgn santan,garam dan daun pandan.
ini antara ketupat palas yg dah sy balut,senang sangat buatnya, lagi susah belajar menganyam daun ketupat nasi dari ketupat palas
alhamdulillah sy boleh buat dan anyam dua2 jenis ketupat (nasi dan palas), org kedah sendiri pun tak tau balut ketupat palas tau...hehehe.Saya dh buat ketupat palas ni sejak sy kawin dengan org kedah 12 tahun lepas.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, BERMAAF-MAAFAN SESAMA KITA

Tuesday, September 15, 2009

Malam-malam Terakhir

Saya harap pada malam-malam terakhir ini diberikan kesempatan dan keizinan oleh Allah untuk beribadat dan menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Saya juga cuba untuk tidak terleka dengan hubbuddunya ...leka dengan persiapan raya. Sambut dengan seringkas dan seadanya.

Thursday, September 10, 2009

Kembali ke rahmatullah

Semalam pada tarikh 090909-Rabu ada dua berita kematian yang saya terima. Pertamanya di awal subuh bapa mertua mak cik saya dan yang keduanya selepas zuhur pula adalah bapa kepada sahabat saya sendiri iaitu Saadiah. Cerita tentang Saadiah ni ada dalam blog saya ni. Dia adalah antara sahabta saya sejak sekolah menengah hingga ke ukm dan hingga kini. Semoga roh mereka di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan bertaqwa. Innalillahiwainnailaihiraji'un. al-Fatihah.

Wednesday, September 9, 2009

Gaji Amah rm800 ke rm600


Sekarang ni masyarakat dok bincang pasal gaji minimum amah. Sebelum ni dicadangkan bayaran rm800 dan yg terkini hari ini rm600. Sebenarnya rm800 tu memang mahal dan tak patut, dari bagi gaji kat mereka (amah indonesia) ni rm800 kan ke ada baiknya rakyat tempatan sendiri yg kerja jadi amah. Kita terlalu bergantung kepada amah ni terutamanya dari indonesia walaupun ramai yang datang bekerja tu sebenarnya tak boleh buat kerja pun. Sikap orang Malaysia sendiri sebenarnya kena ubah, fikir sedalam2nya sebelum ambil amah. Memanglah bila ada mereka , banyak kerja2 rumah kita dapat diselesaikan tapi timbul lak masalah2 yg lain samaada masalah amah tu sendiri yg tak tau buat kerja, kerja yg dibuat tak betul atau dia pulak buat perangai seperti bercintan cintun dgn mat2 kat luar sana,dll. Selagi kita ada pilihan lain, lebih baik jangan mengambil amah ni. Antaranya kita boleh hantar anak ke rumah pengasuh atau ke nursery tapi cuba cari yang betul2 ikhlas dan baik pengurusannya dlm menjaga anak kita, kita juga masih boleh panggil orang buat kerja2 dirumah seperti bersih rumah , bilik air, mop, gosok dll pd setiap minggu. banyak agensi selain org perseorangan yg nak buat kerja macam ni. Rakyat tempatan sendiri perlu ambil kesempatan buat kerja macam ni. Tak de hinanya pun. Malah pelajar2 universiti yg bercuti semester juga boleh ambil upah buat kerja macam ni, daripada mereka terlibat dengan pekerjaan yg haram atau tak berfaedah atau jual mauah semata2 nak duit. Kebergantungan kita kepada Indonesia ini yg menyebabkan mereka lama2 pijak kepala kita. Kalau dah tak de pilihan langsung, barulah kita ambil amah ni.

Friday, September 4, 2009

Nuzul Qur'an dan keberkatan

Hari ini adalah hari yg ke 14 umat Islam berpuasa, semakin menghampiri 17 Ramadhan iaitu peristiwa penting bagi umat Islam- Nuzul Qur'an. Apa amalan yang sebaiknya bagi menghayatinya:

1. Mempertingkatkan bacaan al-Qur'an
2. Menghayati isi dan makna kandungan serta memahaminya
3. Mengambil petunjuk dan pengajaran daripadanya
4. jangan sekali2 menjauhi al-Qur'an atau sekadar menjadikannya sebagai perhiasan di dalam almari atau sebagai hiasan dinding sahaja
5. Bacalah sentiasa walau dalam keadaan apa sekalipun
6. Bagi orang yang tidak fasih dalam membacanya (merangkak2) teruskan membaca jangan putus asa kerana sesungguhnya besar baginya pahala yg dijanjikan oleh Allah
7. sentiasa ingat bahawa membaca al-Qur'an adalah ibadah dan ia akan memberi syafaat kpd kita di akhirat kelak.
8. orang yg tidak pernah membaca al-Qur'an jiwanya akan mati dan keras

Tuesday, September 1, 2009

Balik kampung Alor Staq

Saya mengambil cuti hari jumaat 28 ogos untuk pulang ke kampung suami sempena cuti umum sehingga isnin. DI sana saya ada juga bershopping, kot2 hargnya jauh lebih rendah dari di KL dan Shah Alam ni. Saya tenguk harga tudung memang lebih rendah iaitu tudung style sekarang ni (tudung Indun...walaupun org selalu sebut tudung ekin...tp sy lebih suka ckp tudung indon, sebab memang idea tu dtg dari sana...serkup je). Tapi baju2 terutama yg fesyen organsa tangan kembnag dan bermanik, harganya x jauh beza. Tapi baju dati Butik D'Naz di Tesco memang cantik2. Tak banyak sy beli cuma baju anak2 sorang sehelai atau 2,sy beli tudung dan t-shirt panjang yg saya rasa harga kat shah alam ni memang tak dapat. Tapi musim hujan membataskan pergerakan kami.

Wednesday, August 26, 2009

Berjumpa sahabat lama


25 Ogos-Selasa: tanpa diduga saya terserempak dengan sahabat lama saya semasa belajar sama2 di ukm dahulu. namanya Maisarah tapi panggilannya Ati, tapi masa jumpa dia semalam saya betul2 terlupa nama panggilannya. Saya sebenarnya anggap pertemuan ini sebagai satu ketentuan Allah di bulan ramadhan kerana saya dah lama teringin jumpa kawan2 lama termasuk Ati. Dulu masa saya berada di tahun empat ketika menyiapkn tesis saya pada ketika itu, Ati dan keluarganyalah yg banyak membantu kerana saya buat kajian di tempatnya iaitu ssabak bernam. Saya tinggal beberapa hari di rumahnya semasa cuti semester break untuk mengumpul bahan terutama utk edarkan borang soal selidik. Ati kini dah ada 6 orang anak. Dan dia mengajar di perak , satu sekolah dengan suaminnya.
Selepas berjumpa dengan Ati, saya terserempak pulak dengan kawan sekolah menengah saya iaitu Noraini. Dia juga cikgu yg mengajar di sekolah lama kami. Dia sedang pregnant anak ke 4, 3 anaknya lelaki semuanya. Saya rasa pertemuan dengan Ati benar2 mengujakan dan merasa niat saya terkabul jua. Alhamdulillah

Thursday, August 20, 2009

Pelbagai cup muffin


Saya suka cup muffin yang macam2 warna dan corak. Kadangkala saya saje beli sebab cantik.

Saturday, August 15, 2009

Jiran


cerita 1
Ini rumah jiran (belakang sebelah kanan) saya yang pelik. Apa sebab pelik? Sebab dia tutup /simen beberapa tingkapnya. 3 tingkap di sebelah atas, satu tinggap di ruang utama, bilik utama cuma tinggal sliding door 3 panel, dapur cuma ada satu tingkap itupun sentiasa tutup dan diletakkan aircond di situ. Saya sangat musykil dgn idea tuan rumah ini (namun tuan rumah ini jarang kelihatan). Setahu saya, dlm fahaman feng shui mereka, tingkap sangat penting untuk pengaliran udara masuk. Apapun mudah-mudahan tidak ada 'agenda' buruk di sebaliknya.

Cerita 2.
tentang jiran sebelah kanan pulak (belakang pada rumah jiran yg di gambar ini). Jiran Melayu, kami saling mengenali sebagai jiran baru. Berkeluarga dan punya 5 org anak yg sudah besar bersekolah semuanya. Tetapi tiba2 sahaja berpindah tanpa berjumpa kami. Kami sangkakan rumah yg diduduki itu rumah yg mereka beli tetapi rupanya hanya menyewa sahaja sedangkan menrut suami saya, si ketua keluarga itu memberitahunya dia membeli rumah tersebut. Wallahu'alam

Friday, August 14, 2009

Jika itu takdirnya

13 Ogos 2009- Khamis. Selepas habis kelas pukul 2pm, saya merancang untuk masuk ke lab untuk menyiapkan beberapa tugasan, sambil solat zohor serta singgah sebentar di pejabat pendaftar. Masuk dlm kereta sy agak terkejut bila DJ radio IKIM, Nik Hasniah menyebut "semoga rohnya dicucuri rahmat...lepas tu lagu 'Pergi Tak Kembali'nyanyian Rabbani diputarkan. Sy meneka2 dan menelefon suami, tp dia pun tak tahu. Dan selepas itu lagu2 yg duputarkan adalah lagu kumpulan tersebut. Sy masuk lab, kawan saya memberitahu Ustaz Asri (rabbani) telah meninggal dunia. Saya panjatkan al-Fatihah. Walau terkejut tetapi menerima ajal dan maut adalah ditangan-Nya. Pkul 5.15 dlm kereta semasa hendak pulang sekali lagi lagu2 yg diputarkan di radio ikim adalah lagu2 rabbani, ada yg sy jarang dengar juga. hati berasa sayu. Hari ini (jumaat)segmen pagi di radio ikim DJ nya adalah Nik Hasniah dan...sy tak ingat. Masih memutarkan lagu2 rabbani, dan semua panggilan yg masuk mengucapkan takziah, malah ikim juga membuat panggilan kpd salah seorang anggota rabbani, asri, untuk bercerita peristiwa yg berlaku semalam serta pesanan ustaz asri dan halatuju rabbani selepas ini. selepas itu, diikuti lagu 'pergi tak kembali'. saya rasa amat sayu dan tanpa disedari manik2 jernih bertakung dan mengalir lesu. Manusia hanya sebagai tempat bersandar tetapi Allah swt adalah tempat manusia bergantung. Wallahu'alam.

Muffin comel

(Ini oven yang saya gunakan untuk bakar muffin saya, saya juga menggunakan dapur gas dengan periuk multipurpose saya jika nak bakar banyak)

Hari ini saya buat lagi muffin untuk tempahan 400 biji (cup kecik) tapi saya cuma sempat siapkan 350 je. Selalunya saya siapkan malam dan kalu tak siap saya sambung semasa balik hantar anak. Tapi malam semalam sy letih sangat. Macam tu lah saya...untuk jadi usahawan ni, dalam masa yg sama kalau kita masih ada pekerjaan tetap banyak perlukan pengorbanan. Semasa saya beli tepung muffin semalam, saya bertanya kepada tuan kedai bape jumlah minimum jika sy nk bali byk. Katanya, 15kg dan hanya untuk satu2 jenis shj tidak boleh buat campuran. Harga utk 15kg itu pula berbeza kerana setiap 500gm yg dijual harganya berbeza. Tetapi kalau untuk coklat chip, utk 15kg harganya RM160 dan dapat 30 pek. Bagi Satu pek (500gm) berharga RM5.95, coklat (kosong) RM5.50, strwberry rm9.60, Kiwi rm7, blueberry rm8.90, vanilla rm5.00. Saya rasa sukar nk beli sebnyak 15kg kerana tak suka simpan stok terlalu banyak memandangkan sy terima tempahan hanya jika tidak sibuk, selain itu untuk jamuan di sekolah anak2 atau kenduri sanak-saudara. Tapi saya sebenarnya rugi bila beli sikit2. Selain tu, peniaga kedai tu juga beri nasihat kepada saya bagaimana untuk meletakkan /menentukan harga. Tapi saya rasa tak sanggup lah ikut harga yg dicadangkan, saya ni terlalu kesian kat org yg beli walaupun sy tak ada untung. Tapi saya rasa untuk belajar tentang dunia perniagaan, bab2 harga ni saya kena perlahan2, kalau kita ikhlas insyaallah berjaya.

Thursday, July 23, 2009

Muffin oh muffin




Saya menerima lagi tempahan muffin sebanyak 300 utk minggu depan. Tetapi sampai ke hari ini saya masih lagi memikirkan berapakah harga yg berpatutan untuk muffin saya itu. Saya cebenarnya buat jualan ni sekadar suka2, sementelah memang saya kerap buat untuk anak2 tetapi bila kawan2 menempah tak sampai hati pulak untuk menolaknya. Tapi bilda dah terima, rasa serba salah nak letak harga. Apa pun sekarang saya memang terasa jumlah harga yang saya letak tidak berbaloi dengan kepenatan, keletihan dan masa yang saya habiskan untuk berjaga malam membuat muffin ni. Saya rasa dapur saya pun dah buat masalah.....

Monday, July 6, 2009

Rumah sewa

Gambar hiasan
sejak 2 minggu ini saya dan suami bertungkus lumus untuk mengemas dan membersih rumah lama kami sebab ada student yg nak menyewa. Walaupun pada awalnya agak keberatan untuk memberi sewa kepada student (sebab saya lebih suka family) tapi akhirnya saya terpaksa akur kerana family yg nak menyewa kebanyakkanya lambat lagi, ada pulak yg nak mintak murah. Tapi apa pun saya harap student2 ni tak buat kacau. Hari ni mereka masuk, asalnya mereka nak masuk 7 orang (satu geng) tapi ada sorang lagi kawan mereka yg nak sangat2 duduk sama jd mereka pakat terima saje sbb kesian. Kalau ramai sangat pun nanti riuh sangat menganggu jiran sebelah. Saya titipkan pesanan untuk mereka, yg paling penting hak jiran perlu dijaga, sakhsiah dan akhlak. Mudahan2 tiada masalah.

Sunday, July 5, 2009

Muffinku

Ini antara contoh muffin yang saya buat. Saya sebenarnya selalu buat muffin samada yg dijual atau untuk sendiri yang bersaiz kecil atau sederhana. kanak2 selalunya mudah makandan tidak membazir jika dia tidak dapat menghabiskannya sebiji muffin. Dan yg seronoknya mereka akan mengambil berulang-ulang kali. Tetapi bagi orang dewasa atau remaja pula citarasa mereka berbeza. Mereka jenis malas untuk mengulang2 mengambil makanan sekecil itu, jadi mereka lebih suka makan yg besar saiznya dan jika rasa puas mereka berhenti jika tidak mereka akan mengulanginya sekali atau dua kali. Jadi, saya selalu memuatnya mengikut citarasa pelanggan. Namun dari segi jenis muffin pula, biasanya mereka lebih suka memilih coklat cip walaupun saya tawarkan perisa2 lain seperti kiwi, vanilla, blueberry dan coklat kosong.Tapi kadang2 saya buat pun kena ikut mood dan semangat gak. Adakalanya letih, penat dan sibuk terpaksalah saya tolak permintaan/tempahan. Hai. macamana nak jadi jutawan macam ni ye..

Saturday, June 13, 2009

Agenda musim cuti sekolah


Macam biasa, kalau tiba musim cuti sekoah antara agendanya ialah majlis kenduri kahwin, berkhatan, pergi bercuti, kem motivasi dan balik kampung. Kali ini selain dari kenduri kahwin sepupu saya, saya dan suami bawa anak2 pergi ke muzium negara dan planetarium negara. Kami tak balik kampung.
inshirah di Planetarium negara
Alif di muzium negara
Kumpulan rewang..Nama pak cik saya ni, mustakim kalau di kawasannya atau di selangor ni meang famous nama dia sebab dia ni seniman gak,dia ada kumpulan cempuling iaitu salah satu tradisi keseniaan orang melayu/jawa. Isterinya itulah adik kepada emak saya yang saya panggil Cik Bedah. Pak cikmustakim ni juga sebenarnya sepupu kepada Datuk jamali Shadat..ala yang "ATAN" tu..kiranya dia orang ni memang keluarga berdarah seni. Dapat menantu orang johor.

Thursday, May 14, 2009

cetusan si kecil


Sempena hari ibu baru2 ni, anak sulong saya inshirah bagi saya hadiah. Walaupun kecil tapi besar maknanya..yang penting ia dari hati yg tulus. Anak ke 3 saya pula 'irdina bagi kad ucapan hari ibu yg dibuatnya sendiri. Macam bisa anak lelaki saya seorang tu, aliff,, paling tak kisah dan dia kata: "ala terlupalah nk beli hadiah, indagt nak bagi hari Isnin". Itu tak penting sebenarnya tapi ketaatan serta menghormati itu penting.Saya berjanji pada mereka pada hari berikutnya (Isnin) saya akan beri "sesuatu". Mereka tak senang duduk nampaknya terutamanya kakak yg tak sudah2 meneka-neka apakah yg akan ibu bagi.
Tiba pd hari yg dijanjikan saya beri salinan "luahan rasa sempena hari ibu" yg saya dpt pada mereka (setelah saya edit semula). Mula2 saya bagi pada kakak dulu tapi sy x sempat tenguk reaksi awalnya sebab sy bagi waktu nk tidur & sy pun menganuk sgt2. Esoknya 'irdina pula baca,,,,,dia memang tangkap leleh habis..

Monday, May 4, 2009

Hari Ibu


Hari ni saya dapt email sempena hari ibu, saya kira ia sgt menarik dan menyentuh persaan . Berikut saya sertakan isi kandunggannya. SELAMAT HARI IBU..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, April 30, 2009

Robohnya sebuah kenangan


Gambar pd header ini adalah gambar kenangan sebelum rumah pusaka emak ini di robohkan untuk dibina yg baru (kira banglo la..) oleh abang saya. Emak paling beremosi kerana mengenangkan jasa dan kenangan rumah itu..di rumah inilah saya membesar tiga beradik, dan di rumah inilah juga emak membesarkan kami dgn keringat dan air mata..malah rumah ini juga dibina dengan kegigihan emak memandangkan arwah ayah tidak sempat membinanya (tetapi meninggalkan sebidang tanah rumah ini)

al-Fatihah utk si tukang kasut

(gambar hiasan..tp lebih kurg dgn kasut sy tu cuma rendah sikit)

Petang semalam saya pergi ke tempat tukang kasut yg selalu saya betulkan kasut saya iaitu di tepi 7 eleven seksyen 7. Agak lama juga sebenarnya saya tak singgah di situ walaupun saya sebenarnya selalu melalui jalan tersebut ( di deretan belakangnya) kerana menghantar anak sekolah. Sesampainya saya di sana saya ada sedikit keraguan kerana pak cik yg biasa tu tak de, tapi org lain. Saya pikir..ah!pak cik ni mungkin gi makan kot..dia suruh kawan dia tunggu tempatnya...ada rasa sedikit kecewa di hati saya kerana mungkin sy hanya dapat tinggalkan pesan saje. tapi tak pe...saya teruskan juga langkah dan terus memberitahu brother tersebut apa masalah kasut saya...Kemudiannya sy bertanya:
"Mana pak cik yg selalu tu?"
"Pak cik tu dah meninggal..."
"Hah!Innalillah hi wainnailaihi rajiuuun ..bila..dah lama ke?? .." saya benar2 terkejut..suatu jawapan yg tidak terjangka oleh saya sama sekali.
"dah lama juga..lebih sebulan"..
"sakit apa?"
"sakit jantung"...segera sy terbayang gaya dan lagak pak cik tu ketika membuat kerjanya...sambil menghisap rokok...OOhhhh
Saya bertanya lagi, "abang ni sape pulak, anak dia atau kawan dia?"
"kawan dia" (dengan loghat utara)
"okeylah"...
"Bila nak ambik ni"
"Esok baru saya ambik"
"Ok, Boleh..."
Saya pun berlalu..masih dalam keadaan termangu. Saya teringat kembali gaya pak cik tu yg suka buat suara seperti upin dan ipin apabila bercakap. Kali pertama saya dtg dulu dia sangka sy org kelantan.

Monday, April 27, 2009

Sekitar Karnival Sukan SRIP Seks. 7 pd 25 April 09

dirasmikan oleh YB Khalid Samad
perbarisan rumah-rumah sukan
diikuti persembahan dan lagu rumah sukan
cabaran bermula..


dapat tempat keTIGA..bolehlah.

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Penduduk Gamelan Bukit Rajah




2 minggu lepas iaitu pada 5 April 2009 adalah satu mesyuarat penduduk telah diadakan iaitu melibatkan penduduk dari rumah voilet, daysie dan lotus. Petang ni pula mesyuarat susulan untuk penduduk kawasan lotus sahaja sebelum mesyuarat induk bagi ketiga3 bahagian di gamelan ini. Mesyuarat yg panas. Petang ni tak tahu la..saya akan bercerita lebih panjang..dengan gambar sekali.

Monday, March 30, 2009

Taman sayuran

(Daun kesum, cili..tapi masih kecik lagi..kacang boncis,bunga kantan ..juga masih kecik)
(Pokok bayam)