Friday, May 23, 2008

MAKAN DENGAN BETUL

Baru-baru saya pergi satu seminar dan salah satu kertas kerjanya ialah "Peranan makanan dan gaya hidup dlm membina otak yang sihat". Berikut adalah beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama:

1. DiSIPLIN dalam mengambil makanan (ramai org selalu abaikan walaupun dah tahu) :
  • mengambil bahan makanan dan minuman yg halal semata2 & tidak menyentuh langsung bahan yg haram (menyebabkan kemudaratan)
  • Tidak makan dan minum berlebihan - akan menyempitkan ruang utk minum jika perut dipenuhi makanan dan jika perut dipenuhi minuman pula ia akan menyempitkan ruang utk bernafas. Akan menyebabkan kesakitan dan keletihan. Disinilah berpuncanya penyakit kerosakan hati dan kemalasan anggota badan utk beribadah sebaliknya menggerakkan syahwat yg lazimnya disebabkan oleh kekenyangan. (tetapi kalau kekenyangan itu sekali-sekala, tak apa).
  • Memakan makanan yg disukai oleh seseorg yg berzat & berkhasiat. Jangan paksa diri kalau tak suka makan sesuatu yg tidak disukai, akan mendtgkan kemudaratan. (amalan Rasulullah s.a.w).
  • Kedudukan yg betul ketika hendak makan dan minum. Untuk proses pengkhadaman. Jangan bersandar dan jangan baring tetapi duduk di atas kedua2 lutut, letak tapak kaki kiri atas belakang kaki kanan (spt yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w)
  • Ambil minuman yg berkhasiat. Rasulullah s.a.w suka minum madu + air sejuk. Memberi kekuatan pd jiwa, jantung dan hati.
  • Jangan tidur selepas makan. Berjalan selepas makan malam & jangan terus tidur. Rasulullah s.a.w mengatakan org yang terus tidur selepas makan akan keras hati.
  • Menjaga dan memelihara tidur. Bangun tengah malam utk ibadah, jangan tidur selepas Asar- rosak akal.

EPAL (hijau) dan daun ketumbar boleh menyebabkan OTAK LEMBAB.

Sumber: dibentangkan oleh Pn.Norkumala Awang (Ikim)