Wednesday, May 7, 2008

Selamat Hari Ibu

Syukurlah aku masih lagi dapat merasai belaian seorang ibu. Mudahnya kita melafazkan bahawa kita menyayanginya tetapi adakah kita selalu pastikan bahawa hatinya tidak akan terguris luka kerana kata2 kita atau perbuatan kita.

Seorang ibu.....hatinya mudah terusik...hatinya juga pemaaf....hatinya juga mudah terdetik...Itulah juga yg kini kurasai setelah menjadi ibu...Bak kata cerdik pandai...naluri ibu terhadap anaknya sangat kuat kerana ia telah berkongsi rasa, gembira, suka, duka, sendu, redha,syukur selama 9 bulan..

Ya Allah...berilah aku kekuatan untukku tabah mendidik anak-anakku...istiqamahku pd anak2 yg tidak ternilai ini...Maafkanku ibu...redhakanlah anakmu ini...halalkan segalanya2..aku cuba untuk menjadi ibu terbaik sepertimu..