Friday, October 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


Syawal sudah memasuki hari ke sepuluh...nampaknya baru hari ni saya sempat untuk menulis di blog ni. Banyak coretan yang nak ditulis sebenarnya sepanjang akhir ramadhan hingga syawal...Kali ni kami beraya di Alor Staq..tahun lepas memang kami tak dapat balik sebab saya menunggu masa untuk bersalin..dan Raya ke 6 lalu genaplah setahun usia Iman 'Aliya. Macam biasa bila raya di kedah saya selalu tolong mak mentua buat ketupat palas...tapi kali ni dek kerana sibuk dengan menyediakan bahan2 untuk masak rendang dan 'Aliya asyik meragam tak dapt pun tolong balut ketupat palas. Walaupun saya ni orang selangor dan biasa buat ketupa nasi (anyam ketupat) tapi sejak kahwin saya belajar buat ketupat palas dan alhamdulillah memang dah xpert la...orang kedah sendiri pun ramai yang tak tahu balut ketupat palas...so saya rasa agak berbangga juga lah..heheheheh..di rumah mak mentua saya juga buat nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh. Puas rasanya dapat makan nasi impit walaupun tak sama dengan ketupat sebenar..asalnya nak anyam dan masak ketupat tapi bila gi pasar daunnye pun dah habis...
Selasa, 30 September:
pagi2 lagi saya dan suami dah gi pasar untuk beli daging, ayam dlll. Pagi tu hujan, jalan pun sesak di pasar dan orang dah tentu berpusu-pusu. Tapi yang tak tahannya bila terpaksa beratur panjang untuk beli santan...beratur sampai sejam cuma nak beli 3 kilo santan jerrr macam tak berbaloiii..tapi tak pe sabar jerrrr...
RABU, 1 OKTOBER 2008- HARI RAYA
Pagi2 lagi saya dah bangun subuh dan mandi sunat eidul fitri...Kali ni saya mintak kakak shirah (anak yg sulong) untuk jaga baby 'Aliya dan saya pergi masjid solat eidul fitri. Walupun dia agak keberatan tapi akhirnya dia setuju..dapatlah saya solat hari raya di alor star. Balik masjid barulah mandikan imtiyaz dan aliya...bermaafan dengan suami dan anak2 serta keluarga yang lain..