Monday, March 22, 2010

PBAKL 2010



Jumpa kawan lama yg dah lama x jumpa, Udie. Kita org janji jumpa kt sana kebertulan sy ada furum dan company dia pun bukak booth.

Saturday, March 6, 2010

Berubah ke tak berubah


Selepas sebulan selepas mengikuti kursus MAP Dr Tengku Asmadi, saya pantau dan perhati apa perubahan pada inshirah. Selalu saya dengar komen2 ibu bapa di radio ikim tentang perubahan anak2 mereka terutama yg berubah secara mendadak. Tapi saya ingat pesan dr tengku asmadi, kalau tak de perubahan besar, sikit mesti ada. Dan jika ada perubahan yang mendadak itu bukan bermakna program ini yg hebat sangat tetapi anak2 itu sebenarnya telah tahu apa yang perlu dilakukan (sebagai seorang pelajar atau anak). Pendek kata, mereka dah tahu bagaimana caranya/teknik. Dalam kes anak saya, saya selalu tanya dia, kenapa tak de perubahan mendadak seperti yg diceritakan dalam radio. Ini jawapannya: "Yang tu semua anak2 yang bermasalah dan derhaka pada ibu bapa, pastu memang tak pernah solat, tapi akak ni tak de masalah sume tu, jadi akak berubah pada cara belajar akak la". Hehehehe...bijak sungguh dia menjawab dan mengata orang pulak tu..tp sebenarnya dia pun memang sudah ada kesedaran tentang kewajipan bersolat apatah lagi dia dah baligh dan biasa tolong saya di rumah tapi sbg kanak2 dia tetap masih mempunyai sikap dan perangai kanak2 spt disuruh baru nak buat, gaduh dengan adik-beradik, suka tangguh kerja. Mudahan teknik belajar yg dipelajarinya akan diteruskan dan menampakkan hasil dan seterusnya membantunya mencapai 5A UPSR dan MUMTAZ dlm PSRA. AMin...