Wednesday, February 25, 2009

Muffin dan kismis berulat


Mufin adalah antara menu kami sekeluarga dan agak kerap juga saya buat terutama jika ada kenduri adik-beradik, birthday anak, jamuan sekolah anak atau balik kampung. Sesekali pulak, kawan kat office mintak, saya buat dan jual lah. Baru2 ni mereka tempah 400 biji ( 200 coklat dan 200 vanilla+kismis hitam). Al-kisahnya, untuk adunan pertama vanilla tak de masalah dan kismis yg saya guna adalah elok kerana kismis ni memang saya simpan untuk stok di rumah. Tapi untuk adunan kedua saya guna kismis yg memang baru dibeli untuk tempahan ini. Tapi aamatlah terkejut bila dibuka, dalamnya dah berulat ...siap ada serangga lagi. Masa beli memag tak nampak tapi bungkusannya sy agak pelik sebab terlalu kedap. Bila sya tanya dgn kakak & mak cik kedai tu (memang saya regular custemor)kata "meang macam tu, tak de masalah..".

Saya pergi ke kedai tu semula dan menukarnya yg baru. Alhamdulillah x ada masalah. Tapi bila masuk kereta anak sulong saya tanya:(begini perbualannya):
Kakak: macamana bu, boleh tak tukar?
Saya: Boleh, dia bagi yg baru
Kakak: ibu cakap apa?
Saya: ibu cakap kismis ni dah berulat
Kakak: dia MINTAK MAAF TAK?
SAYA: terdiam sekejap...eheh..iyalahhh..dia tak cakap pun mintak maaf
Kakak: ibu cakap apa
Saya: ibu cakap terima kasih la...

* DARI SUDUT AKHLAKNYA, DAH LAH SAYA NI REGULAR CUSTEMOR SEPATUTNYA MINTAK MAAF BANYAK2 LA, TAKKAN TAK DE RASA BERSALAH KOT....SAMPAI HATI.

Sunday, February 8, 2009

Hari Lahir Inshirah ke 10- 7/12/2008


Gambar-gambar sambutan hari lahir Inshirah yang jatuh sehari sebelum Eidul Adhah tetapi kami baca doa selamat dan potong kek pada Hari Raya Korban keesokkan harinya iaitu pada 8 Disember 2008.