Monday, November 2, 2009

Ketepikan sikap ego...duhai doktor

Semalam (Ahad), selepas saya selesai tugas2 pengawawasan peperiksaan di uitm saya bergegas pulang untuk pergi pula ke rumah pak cik saya yang mengadakan majlis perkahwinan sepupu saya. Tetapi sebelu pergi ke rumahnya di seksyen 2, saya singgah dulu ke sebuah klinik di seksyen 2 kerana 'aliya (bongsu) cirit-birit. Sampai di klinik tersebut , ia masih tutup dan dinyatakan pukul 3 baru buka. Saya menuggu sahaja kerana hanya tinggal 5 minit sahaja ke pukul 3. Apabila jam 3, klinik pun dibuka dan suami saya terus menulis borang, selepas tu dia masuk ke kereta menjaga anak yang lain dan saya masuk ke klinik dengan 'aliya. Beberapa pesakit kemudiannya memasuki klinik tersebut. Selepas 10 minit saya perhati, pesakit belum dipanggil dan saya menjangkakan pastinya doktor belum masuk lagi. Jangkaan saya tepat apabila saya mendengar kakitangan klinik menjawab panggilan telefon dan menyatakan kepada si pemanggil tersebut bahawa ada beberapa pesakit telah menunggu. Selepas panggilan telefon itu saya bertanya kepada petugas, adakah doktor sudah datang? Dia kata, doktor datang sebentar lagi.
Hati saya berkata" aku nak tenguk berapa minit doktor tu sampai", Lebih kurang 15-20 minit selepas itu barulah saya nampak doktor bertugas masuk. Giliran saya adalah kedua tetapi bayangkan tempoh saya menunggu sehingga 40 hingga 45 minit untuk mendapat rawatan. Kalau macam tu buat apa ditulis klinik buka pukul 3 kalau doktor pun tak de, kalau doktor pun tak sanggup untuk tunggu pesakit (kalau doktor sudah berada jam 3 juga, sama dengan masa klinik dibuka), pernahkah mereka fikir apakah perasaan pesakit yang terpaksa menuggu kehadiran doktor sehingga 20-30 minit, lepas tu tunggu lagi giliran 5 hingga 10 minit.
Saya rasa inilah ego seorang doktor, biar pesakit menuggu dia dan jangan doktor yang tunggu pesakit. Apa salahnya pun kalau dia menunggu pesakit, bukan ke banyak kerja boleh diisi masih terluang itu seperti membaca, search internet ke, tak pun main je la apa2 game yang ada. Dimanakah ihsan seorang doktor. Ini adalah sebahagian contoh dari banyak nya doktor yang saya dah lihat berperilaku seperti ini. Sebagai seorang Islam, kenapa tidak tojolkan nilai-nilai Islam itu dalam pekerjaan, sebab tugas mereka itu juga sudah sangat murni.