Saturday, January 30, 2010

Inshirah pergi MAP



Hari ini dan esok (30 dan 31 januari) inshirah saya hantar ke kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) yang dikendalikan oleh Datuk Tengku Asmadi. Setiap hari Rabu dengan di radio ikim dan dah lama plan nak hantar dia tapi terlepas saje. Dia pun dah lama bersedia nak pergi. Mudah-mudahan banyak manfaat yang dia akan dapat dan seterusnya diamalkan dlm kehidupan, bukan setakat untuk peperiksaan sahaja. Sebagai iu saya sangat berharap MAP ini akan lebih memotivasikannya untuk mendapat cemerlang dalam UPSR dan PSRA tahun ini

Friday, January 29, 2010

27 Januari-Muffin untuk Tyaz-birthday girl

Walaupun hari lahirnya pada 27 hb iaitu pada hari rabu tetapi saya tak sempat untuk menyediakan apa2 untuk diberi kpd kawan2nya di nursery. Untuk dia, kami bagi kek durian. dah lama tak makan. Malam tadi baru saya ada kesempatan untuk membuat muffin. 3 adunan saya buat untuk d 60 bungkusan. tapi disebabkan dah lama saya tak buat muffin, adunan pertama sebahagiannyua dikerjakan oleh anak2. hei..memang susah saya nak berbisnes. Asal buat je, semua serbu..termasuklah ayahnye sekali. sepatutnya malam tadi banyak lebih tapi dapat cukup2 (lebihkan 3 bungkusan untuk cikgu) itu lah yg dapat.

Monday, January 25, 2010

Apa khabar muffin comel..

Sudah agak lama juga oven saya tak berasap membakar muffin. kesibukan menjadi penghalang segalanya. tetapi insyaallah pada 27 januari ini iaitu hari lahir Imtiyaz hayati saya akan mengambil kesempatan untuk membuatnya untuk diberi kepada rakan2nya di tadika little khaliph

Tugas baru...inilah ketentuan Ilahi

Hari ini, Isnin 25 Januari saya menerima surat perlantikan sebagai Koordinator Karya Islam di Pusat Penerbitan Universiti/UPENA. Saya sebenarnya sangat berat hati menerima jawatan ini kerana merasakan diri tidak bersedia, fizikal dan mental. apabila menjadi koordinator, maknanya sebahagian tugas saya ada berkaitan dengan pengurusan. Ini sebenarnya sesuatu yang amat saya tidak suka malah saya pernah berjanji pada diri saya sendiri di awal kerjaya saya sebagai pensyarah kira2 12 tahun lalu bahawa saya tidak mahu terlibat dengan pengurusan. Saya lebih berminat kepada tugas hakiki sbg pensyarah dan juga kerja2 penulisan dan penerbitan. Namun kita sebagai manusia hanya merancang, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya juga tidak berhenti berdoa dan memohon sejak mendengar ura2 saya akan menerima jawatan tersebut. malah saya juga beberapa kali berbincang dengan dua2 pihak bos di citu dan upena, tetapi dengan kehadiran surat ini saya perlu redha dan kuatkan semangat untuk memikul tanggung jawab yang diamanahkan. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya melaksanakan tugas ini.

Tuesday, January 12, 2010

Akhirnya...


Akhirnya...saya dapat mengesan kawan lama saya yang sekian lama saya mencari. Dalam blog ni pun dulu saya ada sebut saya sedang mencari kawan yang bernama zalizah zahid. Dia sahabat lama saya ketika di UKM dulu. Saya dapat mengesannya dari facebook. Sebenarnya dah lama juga saya search namanya dalam FB ni tapi memang tak de, tapi baru bulan lepas saya jumpa dan mungkin dia pun baru daftar. Tapi itupun dia lewat reply , baru semalam (7 /1/2010) dia reply mesej saya. Kepada zah, luangkanlah masa melayari blog imah ni, kalu rasa teringin nak makan muffin-muffin yang ada dlm blog ni, order jerrrr...nanti imah buatkan....hehehe..kalu x sibuk lah kann....almaklum...