Cuti sekolah bermula, kebetulan sama pula dengan universiti. Tapi aku kene pergi kursus lak kat Uitm Dungun. Rasa berat lak nak gi, tapi kena pergi juga nak wat cam ne. Anak2???? kesian kat baby Aliya..dia mesti ikut tapi yang lain2 camne ye????hotel lak dah penuh. Rasanya aku bawa Aliya dan mak je ...okey gak.
Friday, August 15, 2008
Cuti sekolah bermula.
Cuti sekolah bermula, kebetulan sama pula dengan universiti. Tapi aku kene pergi kursus lak kat Uitm Dungun. Rasa berat lak nak gi, tapi kena pergi juga nak wat cam ne. Anak2???? kesian kat baby Aliya..dia mesti ikut tapi yang lain2 camne ye????hotel lak dah penuh. Rasanya aku bawa Aliya dan mak je ...okey gak.
Friday, July 4, 2008
Kismis

Kismis adalah makanan yang paling baik untuk otak. tetapi yang baik adalah yang dari jenis bersaiz besar, kulit nipis dan biji kecil. Yang terbaik adalah makan tanpa biji. Ia mengandungi zat nutrien. Kismis lebih baik dar anggur. Kismis adalah dari anggur yang telah dikeringkan. Disebut 11 kali dalam al-Qur'an bahawa anggur adalah buah yng paling lazat.
Tuesday, June 24, 2008
BERMULANYA SEBUAH KEHIDUPAN.....

Minggu terakhir dalam bulan Jun. 24 Jun hari ni, adalah hari lahir kakakku wafiatunnajihah yang ke 40. Wah! dah banyak dah umurnya. Rasanya baru je zaman kanak-kanak dan remaja kami berlalu. Doaku semoga dia bertambah matang, tabah dan sabar mendidik lapan orang anaknya, bukan tu saje semoga dia dikuatkan semangat untuk terus mendidik anak bangsa yang entah sudah berapa jumlahnya. Dan sudah berapa banyak pahala yang dihimpunkan dengan mendidik manusia. Semoga panjang umur. Dialah satu-satunya kakakku, usia yang meningkat benar2 membawa kematangan kepadanya terutama dalam hubungan adik-beradik.Hidup bermula dengan 40....Bunga tulip ini adalah kegemaran kakakku..semoga berbahagia.
Friday, June 13, 2008
Kalendar Jun 2008
Peringatan penting dan perlu hadir:
- 9-11 JUN 2008: Bengkel pemantapan silibus IDA - selesai
- 13 JUN 2008 : Gotong royong AKNC - selesai
- 14 JUN 2008 : Briefing sekolah integrated seksyen 4
- 15 JUN 2008 : Tarikh akhir hantar abstrak seminar UKM
- 16-17 JUN 2008 : pembentangan dan penutup AKNC
- 17 JUN 2008 : Tarikh akhir siapkan kertas kerja
Tamat sudah
Tamat sudah cuti persekolahan. Kembali dengan kesibukkan rutin harian. Kakak dan alif tak sabar-sabar nak bagi buah tangan kepada cikgu mereka. Minggu ni, masing-masing balik bawa kertas peperiksaan pertengahan tahun hari tu. Alhamdulillah masing-masing mendapat keputusan yang membanggakan terutama pelajaran agama tetapi nampaknya masih tak stabil dengan mata pelajaran matematik dan b. melayu 2. Tak pe, kita tingkatkan lagi usaha. Tahniah untuk mereka.
Thursday, June 5, 2008
MAHALNYE MINYAK
Nampaknya kehidupan kita semakin dihimpit dengan masalah yang sebenarnya berpunca dari umat Islam sendiri. Tetapi disebaliknya, ia mengajar kita untuk lebih baik dalam menguruskan kewangan dan kehidupan. Kesiannya pd golongan yg berpendapatan rendah yg terpaksa menambahkan badget utk minyak, selain makanan. Tapi kesian juga pada golongan marhain yg bakal juga jadi mangsa pd golongan yg akan ambil kesempatan dgn menaikkan harga barangan mereka (semua org akan jadi mangsa). Apakah pilihan kita ?berfikir secara waras dan bertindak secara bijak.
Pelik betul dgn perangai sebahagian rakyat Malaysia ni ye....dengarnya minyak naik harga terus je serbu petrol pam. Boleh ke minyak yg diisi tu cukup sampai setahun/6 bulan/3 bulan. Seminggu dah tentu habis. Pastu kena juga bayar dgn harga yg baru. Jadi wat ape berebut-rebut gi petrol pam. Pelik...pelik...mudah sangat melatah.
Tuesday, June 3, 2008
PERCUTIAN 26/27 MEI
PERCUTIAN 25/26 MEI
KELIP-KELIP KUSANGKA API 17/18 MEI
Friday, May 23, 2008
MAKAN DENGAN BETUL
Baru-baru saya pergi satu seminar dan salah satu kertas kerjanya ialah "Peranan makanan dan gaya hidup dlm membina otak yang sihat". Berikut adalah beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama:
1. DiSIPLIN dalam mengambil makanan (ramai org selalu abaikan walaupun dah tahu) :
1. DiSIPLIN dalam mengambil makanan (ramai org selalu abaikan walaupun dah tahu) :
- mengambil bahan makanan dan minuman yg halal semata2 & tidak menyentuh langsung bahan yg haram (menyebabkan kemudaratan)
- Tidak makan dan minum berlebihan - akan menyempitkan ruang utk minum jika perut dipenuhi makanan dan jika perut dipenuhi minuman pula ia akan menyempitkan ruang utk bernafas. Akan menyebabkan kesakitan dan keletihan. Disinilah berpuncanya penyakit kerosakan hati dan kemalasan anggota badan utk beribadah sebaliknya menggerakkan syahwat yg lazimnya disebabkan oleh kekenyangan. (tetapi kalau kekenyangan itu sekali-sekala, tak apa).
- Memakan makanan yg disukai oleh seseorg yg berzat & berkhasiat. Jangan paksa diri kalau tak suka makan sesuatu yg tidak disukai, akan mendtgkan kemudaratan. (amalan Rasulullah s.a.w).
- Kedudukan yg betul ketika hendak makan dan minum. Untuk proses pengkhadaman. Jangan bersandar dan jangan baring tetapi duduk di atas kedua2 lutut, letak tapak kaki kiri atas belakang kaki kanan (spt yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w)
- Ambil minuman yg berkhasiat. Rasulullah s.a.w suka minum madu + air sejuk. Memberi kekuatan pd jiwa, jantung dan hati.
- Jangan tidur selepas makan. Berjalan selepas makan malam & jangan terus tidur. Rasulullah s.a.w mengatakan org yang terus tidur selepas makan akan keras hati.
- Menjaga dan memelihara tidur. Bangun tengah malam utk ibadah, jangan tidur selepas Asar- rosak akal.
EPAL (hijau) dan daun ketumbar boleh menyebabkan OTAK LEMBAB.
Sumber: dibentangkan oleh Pn.Norkumala Awang (Ikim)Friday, May 16, 2008
Friday, May 9, 2008
Anak derhaka 1
Kadangkala tanpa ibu bapa sedari, mereka juga menjadi punca anak-anak terus menderhaka dan lalai tanggung jawab terhadap Ilahi atau lalai dlm laksanakan peranan mereka samada sebagai anak, hamba Allah, pelajar,pekerja,isteri,anak dll:
- kerana terlalu sayangkan anak, ibu bapa kadangkala pejamkan mata saje apabila anak2 buat kesalahan, tak kiralah kesalahan kecil atau besar.
- sama juga macam seorang suami, apabila isterinya derhaka atau buat sesuatu yg salah, orang hanya akan salahkan si isteri itu tapi org tak pernah pikir sebenarnya si suami sebenarnya yg bodoh kerana tak didik isterinya jadi baik
- ibu bapa kadangkala melihat perkara yg kecil sebagai remeh...tak penting, contohnya bila anak-anak tak mahu membantu ibu bapa melakukan sesuatu seperti basuh pinggan/buang sampah/kemas...mereka pun kata tak pelah...kecik lagi.../ aku boleh buat sendiri...
- bersambung...
Thursday, May 8, 2008
Hari Ibu
Seorang ibu akan tetap dan terus mendoakan anak-anaknya walaupun anaknya serring melukan hatinya malah menderhaka sekalipun ...seorang ibu tidak akan pernah berhenti dan putus asa dalam doanya...
Jadi, jaya atau bahagianya seorang anak itu walaupun sering menyakiti hati ibu, adalah kerana doa2 yang dipanjatkan oleh seorang ibu setiap masa..
Kecewa dan sengsaranya anak itu juga kerana kecewanya si ibu terhadap anaknya....ye ...mungkin sehingga ia berhenti dari doanya untuk seketika waktu atau ia tidak melabuhkan kemaafan..
Ohh..ibu

Wednesday, May 7, 2008
Selamat Hari Ibu
Syukurlah aku masih lagi dapat merasai belaian seorang ibu. Mudahnya kita melafazkan bahawa kita menyayanginya tetapi adakah kita selalu pastikan bahawa hatinya tidak akan terguris luka kerana kata2 kita atau perbuatan kita.
Seorang ibu.....hatinya mudah terusik...hatinya juga pemaaf....hatinya juga mudah terdetik...Itulah juga yg kini kurasai setelah menjadi ibu...Bak kata cerdik pandai...naluri ibu terhadap anaknya sangat kuat kerana ia telah berkongsi rasa, gembira, suka, duka, sendu, redha,syukur selama 9 bulan..
Ya Allah...berilah aku kekuatan untukku tabah mendidik anak-anakku...istiqamahku pd anak2 yg tidak ternilai ini...Maafkanku ibu...redhakanlah anakmu ini...halalkan segalanya2..aku cuba untuk menjadi ibu terbaik sepertimu..

Tuesday, May 6, 2008
Rinduku pada teman
Entah kenapa hatiku rasa rindu sesangat dengan selalu teringat pd Zah (pemilik nama sebenar Zalizah Zahid). UKM 91-95.
Nombor telefon dah hilang, cari kat blog pun tak jumpa, harap-harap adalah rezeki jumpa dia. Apalah khabarnya sekarang, anak dah bape zah .......Masih tinggal di Serendah ke...kami masih lagi di shah alam.

Nak cuti 60 hari atau 90 hari
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Kalau dapat cuti bersalin 90 hari memang seronok., tapi kalau orang yang tak susukan anaknya lagi sebaik lepas pantang, buat apa nak cuti lama2. Rugi je. Maknanya 90 hari itu akan disalahgunakan. Kalau ada option mungkin lebih baik, sapa yg nak cuti 60 atau 90 hari.
Bagi saya, kalu tak dapat cuti 90 hari pun, saya tetap masih dapat menyusukan anak bahkan sampai 2 tahun anak saya menyusu badan..alhamdulillah...ada rezeki untuk anak tu. Tapi yg lebih penting cuti untuk mereka yg bersalin anak yg ke enam dan ke atas. Sebab limit cuti bersalin adalah 5 anak je. jadi perlu dipikirkan camne nak bagi cuti utk org yg bersalin anak ke lima dan ke atas ni......dia org tak leh dapat cuti 60 hari lagi.

Friday, May 2, 2008
Naik dan naik
Apakah tindakan yg terbaik agaknya apabila harga beras naik dan juga barang2 yg lain? Tak payah makan nasi boleh tak? Bagi sebahagian orang tentu boleh malah mungkin diet yg terbaik tapi bagi kanak2 tak boleh la kan.....sian kat dio orang.
nampaknya kita kena beli beras yg paling murah lah....ye ke...
nampaknya kita kena beli beras yg paling murah lah....ye ke...
Wednesday, April 30, 2008
Masak Apa Makan Apa 30 April 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada para pembaca sekalian, perkara utama yg dipikir oleh setiap wanita dan ibu seriap hari terutama menjelang pulang ke rumah selepas waktu kerja ialah apa yg nak dimasak dan apa yg nak di makan. Dan satu lagi ialah nak MASAK ke nak BELI. Lagi2 bagi wanita yg tidak ada pembantu di rumah dan gol profesional. Walaupun duit tak jadi masalah untuk beli makanan tapi sanggup kah kita hari2 beri makan anak kita hasil air tangan minah2 indon di luar sana....tentu tak sanggup kan... Tapi ramai juga yang saya lihat gol prof ni berpendapat, wat apa buang masa dgn memasak sedangkan ada kemudahan (beli di kedai) dan masa yg ada patut digunakan untuk bersama anak2.
Saya tetap berpendapat walaupun kita mampu untuk makan di kedai tetapi air tangan seorang ibu /isteri itu amat penting dalam pendidikan anak 2 dan rumah tangga. Sesekali tu bolehlah beli, tetapi itupun kita confirm betul2 bagaimana makanan yg nak dibeli (halal haram/bersih dll).
Satu lagi, berapa ramai agaknya gol suami yg begitu peka tentang perkara ni ye....eemmm..
Itu sahaja sebagai pembuka bicara
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)