Monday, January 25, 2010

Tugas baru...inilah ketentuan Ilahi

Hari ini, Isnin 25 Januari saya menerima surat perlantikan sebagai Koordinator Karya Islam di Pusat Penerbitan Universiti/UPENA. Saya sebenarnya sangat berat hati menerima jawatan ini kerana merasakan diri tidak bersedia, fizikal dan mental. apabila menjadi koordinator, maknanya sebahagian tugas saya ada berkaitan dengan pengurusan. Ini sebenarnya sesuatu yang amat saya tidak suka malah saya pernah berjanji pada diri saya sendiri di awal kerjaya saya sebagai pensyarah kira2 12 tahun lalu bahawa saya tidak mahu terlibat dengan pengurusan. Saya lebih berminat kepada tugas hakiki sbg pensyarah dan juga kerja2 penulisan dan penerbitan. Namun kita sebagai manusia hanya merancang, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya juga tidak berhenti berdoa dan memohon sejak mendengar ura2 saya akan menerima jawatan tersebut. malah saya juga beberapa kali berbincang dengan dua2 pihak bos di citu dan upena, tetapi dengan kehadiran surat ini saya perlu redha dan kuatkan semangat untuk memikul tanggung jawab yang diamanahkan. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya melaksanakan tugas ini.

No comments: