Monday, February 1, 2010

Semua orang perlu selalu dimotivasikan

Saya dan suami semalam menghadiri majlis penutup program motivasi MAP oleh Dr. Tengku Asmadi. Sebelum Dr. Asmadi memberikan ucapannya, 6 peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaannya iaitu sebelum, semasa dan selepas program tersebut. 6 orang peserta itu dipilih secara rawak. Saya tertunggu2 juga jika Inshirah yang dipanggil tapi nampaknya tidak. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah saya mula melihat bahawa para pelajar dalam apa juga peringkat malah setelah bekerja juga memang mereka perlukan motivasi. Motivasi ada pelbagai. Adakalanya kita perlu mencari pihak lain untuk memotivasikan diri kita tetapi ada kalanya apa yang berlaku dalam kehidupan kita juga boleh memotivasikan diri kita. Saya akui juga sebenarnya manusia ini perlu sentiasa dberi ingatan (sama ada melalui kem /program motivasi, tazkirah /muhasabah diri). tetapi ini yang kadangkala kurang ditekankan oleh para ibu bapa.

No comments: