Sunday, July 5, 2009

Muffinku

Ini antara contoh muffin yang saya buat. Saya sebenarnya selalu buat muffin samada yg dijual atau untuk sendiri yang bersaiz kecil atau sederhana. kanak2 selalunya mudah makandan tidak membazir jika dia tidak dapat menghabiskannya sebiji muffin. Dan yg seronoknya mereka akan mengambil berulang-ulang kali. Tetapi bagi orang dewasa atau remaja pula citarasa mereka berbeza. Mereka jenis malas untuk mengulang2 mengambil makanan sekecil itu, jadi mereka lebih suka makan yg besar saiznya dan jika rasa puas mereka berhenti jika tidak mereka akan mengulanginya sekali atau dua kali. Jadi, saya selalu memuatnya mengikut citarasa pelanggan. Namun dari segi jenis muffin pula, biasanya mereka lebih suka memilih coklat cip walaupun saya tawarkan perisa2 lain seperti kiwi, vanilla, blueberry dan coklat kosong.Tapi kadang2 saya buat pun kena ikut mood dan semangat gak. Adakalanya letih, penat dan sibuk terpaksalah saya tolak permintaan/tempahan. Hai. macamana nak jadi jutawan macam ni ye..

Saturday, June 13, 2009

Agenda musim cuti sekolah


Macam biasa, kalau tiba musim cuti sekoah antara agendanya ialah majlis kenduri kahwin, berkhatan, pergi bercuti, kem motivasi dan balik kampung. Kali ini selain dari kenduri kahwin sepupu saya, saya dan suami bawa anak2 pergi ke muzium negara dan planetarium negara. Kami tak balik kampung.
inshirah di Planetarium negara
Alif di muzium negara
Kumpulan rewang..Nama pak cik saya ni, mustakim kalau di kawasannya atau di selangor ni meang famous nama dia sebab dia ni seniman gak,dia ada kumpulan cempuling iaitu salah satu tradisi keseniaan orang melayu/jawa. Isterinya itulah adik kepada emak saya yang saya panggil Cik Bedah. Pak cikmustakim ni juga sebenarnya sepupu kepada Datuk jamali Shadat..ala yang "ATAN" tu..kiranya dia orang ni memang keluarga berdarah seni. Dapat menantu orang johor.

Thursday, May 14, 2009

cetusan si kecil


Sempena hari ibu baru2 ni, anak sulong saya inshirah bagi saya hadiah. Walaupun kecil tapi besar maknanya..yang penting ia dari hati yg tulus. Anak ke 3 saya pula 'irdina bagi kad ucapan hari ibu yg dibuatnya sendiri. Macam bisa anak lelaki saya seorang tu, aliff,, paling tak kisah dan dia kata: "ala terlupalah nk beli hadiah, indagt nak bagi hari Isnin". Itu tak penting sebenarnya tapi ketaatan serta menghormati itu penting.Saya berjanji pada mereka pada hari berikutnya (Isnin) saya akan beri "sesuatu". Mereka tak senang duduk nampaknya terutamanya kakak yg tak sudah2 meneka-neka apakah yg akan ibu bagi.
Tiba pd hari yg dijanjikan saya beri salinan "luahan rasa sempena hari ibu" yg saya dpt pada mereka (setelah saya edit semula). Mula2 saya bagi pada kakak dulu tapi sy x sempat tenguk reaksi awalnya sebab sy bagi waktu nk tidur & sy pun menganuk sgt2. Esoknya 'irdina pula baca,,,,,dia memang tangkap leleh habis..

Monday, May 4, 2009

Hari Ibu


Hari ni saya dapt email sempena hari ibu, saya kira ia sgt menarik dan menyentuh persaan . Berikut saya sertakan isi kandunggannya. SELAMAT HARI IBU..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, April 30, 2009

Robohnya sebuah kenangan


Gambar pd header ini adalah gambar kenangan sebelum rumah pusaka emak ini di robohkan untuk dibina yg baru (kira banglo la..) oleh abang saya. Emak paling beremosi kerana mengenangkan jasa dan kenangan rumah itu..di rumah inilah saya membesar tiga beradik, dan di rumah inilah juga emak membesarkan kami dgn keringat dan air mata..malah rumah ini juga dibina dengan kegigihan emak memandangkan arwah ayah tidak sempat membinanya (tetapi meninggalkan sebidang tanah rumah ini)

al-Fatihah utk si tukang kasut

(gambar hiasan..tp lebih kurg dgn kasut sy tu cuma rendah sikit)

Petang semalam saya pergi ke tempat tukang kasut yg selalu saya betulkan kasut saya iaitu di tepi 7 eleven seksyen 7. Agak lama juga sebenarnya saya tak singgah di situ walaupun saya sebenarnya selalu melalui jalan tersebut ( di deretan belakangnya) kerana menghantar anak sekolah. Sesampainya saya di sana saya ada sedikit keraguan kerana pak cik yg biasa tu tak de, tapi org lain. Saya pikir..ah!pak cik ni mungkin gi makan kot..dia suruh kawan dia tunggu tempatnya...ada rasa sedikit kecewa di hati saya kerana mungkin sy hanya dapat tinggalkan pesan saje. tapi tak pe...saya teruskan juga langkah dan terus memberitahu brother tersebut apa masalah kasut saya...Kemudiannya sy bertanya:
"Mana pak cik yg selalu tu?"
"Pak cik tu dah meninggal..."
"Hah!Innalillah hi wainnailaihi rajiuuun ..bila..dah lama ke?? .." saya benar2 terkejut..suatu jawapan yg tidak terjangka oleh saya sama sekali.
"dah lama juga..lebih sebulan"..
"sakit apa?"
"sakit jantung"...segera sy terbayang gaya dan lagak pak cik tu ketika membuat kerjanya...sambil menghisap rokok...OOhhhh
Saya bertanya lagi, "abang ni sape pulak, anak dia atau kawan dia?"
"kawan dia" (dengan loghat utara)
"okeylah"...
"Bila nak ambik ni"
"Esok baru saya ambik"
"Ok, Boleh..."
Saya pun berlalu..masih dalam keadaan termangu. Saya teringat kembali gaya pak cik tu yg suka buat suara seperti upin dan ipin apabila bercakap. Kali pertama saya dtg dulu dia sangka sy org kelantan.

Monday, April 27, 2009

Sekitar Karnival Sukan SRIP Seks. 7 pd 25 April 09

dirasmikan oleh YB Khalid Samad
perbarisan rumah-rumah sukan
diikuti persembahan dan lagu rumah sukan
cabaran bermula..


dapat tempat keTIGA..bolehlah.

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Penduduk Gamelan Bukit Rajah




2 minggu lepas iaitu pada 5 April 2009 adalah satu mesyuarat penduduk telah diadakan iaitu melibatkan penduduk dari rumah voilet, daysie dan lotus. Petang ni pula mesyuarat susulan untuk penduduk kawasan lotus sahaja sebelum mesyuarat induk bagi ketiga3 bahagian di gamelan ini. Mesyuarat yg panas. Petang ni tak tahu la..saya akan bercerita lebih panjang..dengan gambar sekali.

Monday, March 30, 2009

Taman sayuran

(Daun kesum, cili..tapi masih kecik lagi..kacang boncis,bunga kantan ..juga masih kecik)
(Pokok bayam)

Karnival....apa maksud amal


Saya ucapkan tahniah kepada penganjur karnival...PIBG dan sekolah SRAI TAF batu Belah . Seperti dijangka, Dr. SMS tak datang pun...Saya nak beri pendapat sikit. memanglah karnival ni untuk amal..tetapi saya tenguk konsep amal tu hanya untuk pengunjung sahaja nampaknya..para peniaga tak ada konsep amalpun, konsep untung seolahnya lebih awla dari konsep amal. Ini kerana harga beberapa makanan saya lihat mahal harganya.contohnya oblong ..saya selalu beli 3.50 tapi disini dijual 4.00. Adakah potongan amal itu dari pihak pembeli sahaja bagaimana dgn penjual. Inilah masanya untuk ikhlaskan harta dan rezeki tu untuk tujuan amal...entahlah...bersambung

Sekitar Karnival Amal Mesra SRAI TAF Batu Belah

(serius memilih buku...)
(suasana di karnival..)
(kakak khusyuk tenguk orang nasyid...malu2 nak bergambar dgn kawan)
(Tyaz pun nak cuba gak...
(Alif mencuba peralatan uji minda sains)
(Pertandingan nasyid antara sekolah2)
(keletihan..)

Wednesday, March 25, 2009

TUKAR NAMA...PENAWARINDU KE MUFFIN COMEL

Saya tukar nama blog ni (alamatnya pun akan saya tukar juga) kepada muffin comel sebab muffin antara makanan yg kerap saya buat dan disukai oleh keluarga saya. Saya juga sedang memikirkan untuk mengembangkan bisness muffin ni..kira2 bercita2 nak jadi jutawan muffin la...InsyaAllah.

Wednesday, March 18, 2009

KARNIVAL AMAL MESRA SEK.AGAMA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH, BATU BELAH


Semasa mesyuarat PIBG yg lepas (x ingat tarikh) juga dibincangkan program karnival amal mesra STAF, Batu Belah. berikut iklan mengenainya. Sesiapa berminat boleh ikut serta untuk lebih lanjut boleh bukak blog karnival ni...http://pibgsraibb.blogspot.com/
Anak saya baru masuk sekolah STAF tahun ini selepas pindah rumah. Sebelum mereka sekolah di SRAI Seksyen 19 Shah Alam. Ini saya tolong iklan kan la jugak..

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERCUTI CIKGU IRIS


(ini gambar hiasan saje, bukan gambar group Cikgu Iris)

Cikgu Iris adalah salah seorang student saya. Dia dah grade kira2 3/4 tahun lepas (kalau tak silap saya). Dia student di Fakulti Education seksyen 17 Shah Alam. Cikgu Iris dan rakan sekelasnya merupakan guru2 PKPG yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan mereka banyak pengalaman mengajar. Kalau tak silap saya antara 5hingga 10 tahun mereka dah mengajar. Sebahagiannya sama umur pula dengan saya. Cikgu Iris pulak sambung belajar dengan suaminya sekali...duduk satu kelas lagi.
Kalau tak silap saya nama suaminya Robert. (Betul ke Iris...)Cikgu Iris adalah satu2nya student dalam groupnya yang masih berhubung dengan saya. Baru2 ni dia sms nombor telefon barunya. Tapi seingat saya, dia dah tukar nombor telefonya lebih kurang 3 kali , sama seperti kawan saya si Saadiah tu (ustajahh). Dia lagi teruk dah 5 kali saya rasa dia tukar nombor. Saya gurau dgn di orang ni yang asyik tukar nombor..lari dari 'along' ke....tapi dia org kata ...takkkk...Tapi nombor saya tetap sama dulu, kini dan selamanya...insyaallah, cuma telefon je tukar. Itu yg kadang2 ada nombor yang hilang. Apapun terima kasih pada cikgu Iris yang sentiasa mengingati saya.Kalau tak keberatan, cikgu Iris hantarlah kat saya foto terbaru..boleh saya masukkan dalam blog ni..

CUTI SEKOLAH - 14-22 MAC 2009

Minggu ini selama seminggu sekolah mula bercuti (semester break). Sabtu lepas (14/3/09) sekolah anak saya mengadakan sukan tahunannya. kakak masuk acara tarik tali (cikgu pilih mungkin sebab badanya yang besar) tapi kalah. Dia kata budak lain badan kecik2 macamana nak menang. Alif pulak sepatutnya masuk acara lumba lari dan lari kepit bola (kelakarnya..)tapi pada hari sukan dia hanya masuk acara lari kepit bola. tapi alhamdulillah menang pulak dapat nombor 2...jadilah..dapat hadiah bekas plastik yang besar. Tapi sekolah yang baru ni habis sukan pukul 3pm ..lama betul..kebetulan cuaca panas terik..apa lagi..muka kakak macam kena panggang...lupa lak nak suruh dia pakai sun block..kesian pulak kat dia...muka terbakar..alif, biasa la dia tu, tapi petang tu dia terlepas kelas taekwando. Sebabnya dia silap tenguk jadual dia ingat pukul 8 malam tapi rupanya pukul 5 pm.

Friday, March 13, 2009

Selamat Datang sahabatku...Saadiah


(Iniah gambar kawan sekolah saya, Saadiah dan keluarganya...dia tanya cun tak)
Saya nak cerita sikit pasal kawan saya , saadiah ni. Dia kawan saya sejak dari sekolah Menengah lagi. Bermula di sekolah agama hishamuddin sg. bertek, kemudian berpindah ke sekolah agama hishamuddin kampung jawa dan seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi. Sekarang dia jadi ustazah dan mengajar di Johor. kalau tak silap kota tinggi. Dia dah berkahwin tapi lewat sikit.. (ke lewat banyak....)dari saya. Tapi dia produktif, anaknya dah 3 atau 4 orang (lupa lak...tolong jawab saadi...) tapi anak dia semua lelaki. jadi kenalah dia beranak banyak2 lagi sampai dapat anak pompuan...hehehehe..Saya dah pencen dah...cukuplah 5. Saadiah ni rajin juga sms kata saya tapi kadang-kadang tanya soalan entah apa2, kadang2 soalan macam soalan periksa jerrr....hehehehe.baru ni dia kata sekolah dia baru masuk wireless, tu yang dia sibuk tanya email saya dan hari ni dia baru bagi email ye (baru buat.....sebab dah berapa tahun ntah tak bukak internet). tapi saya x de gambar dia, saya ada mintak jugak tapi katanya nanti ada orang salah gunakan gambarnya macam kes elizabeth (kahkahkah...)
apa pun...selamat datang ke blog ini...

Wednesday, March 4, 2009

Majlis Persaraan PM Dr. Kak Yah (25/2/09)




Rabu lalu kami mengadakan majlis persaraan PM Dr. Asiah ALi. Kak Yah adalah antara orang penting dalam sejarah penubuhan Unit Tamadun dan Pusat Pendidikan Islam di UiTM ini. Beliau orang lama yang kuat dengan semangat ...kak Yah dah melalui 4 era di UiTM tu, pengalaman yang bukan calang2..bermula era 70-an, 80-an, 90-an dan 2000-an. Kami meraikannya di Hotel UiTM, dan pada majlis yang sama kami juga meraikan perpindahan kak Zarimah ke bahagian pengambilan pelajar. Kak Imah pun dah 8 tahun juga kat CITU. SELAMAT BERJAYA KEPADA MEREKA. Dan pada Kak Yah, CITU akan kekurangan seorang lagi pakar rujuk...semoga bahagia dengan anak cucu.

Wednesday, February 25, 2009

Muffin dan kismis berulat


Mufin adalah antara menu kami sekeluarga dan agak kerap juga saya buat terutama jika ada kenduri adik-beradik, birthday anak, jamuan sekolah anak atau balik kampung. Sesekali pulak, kawan kat office mintak, saya buat dan jual lah. Baru2 ni mereka tempah 400 biji ( 200 coklat dan 200 vanilla+kismis hitam). Al-kisahnya, untuk adunan pertama vanilla tak de masalah dan kismis yg saya guna adalah elok kerana kismis ni memang saya simpan untuk stok di rumah. Tapi untuk adunan kedua saya guna kismis yg memang baru dibeli untuk tempahan ini. Tapi aamatlah terkejut bila dibuka, dalamnya dah berulat ...siap ada serangga lagi. Masa beli memag tak nampak tapi bungkusannya sy agak pelik sebab terlalu kedap. Bila sya tanya dgn kakak & mak cik kedai tu (memang saya regular custemor)kata "meang macam tu, tak de masalah..".

Saya pergi ke kedai tu semula dan menukarnya yg baru. Alhamdulillah x ada masalah. Tapi bila masuk kereta anak sulong saya tanya:(begini perbualannya):
Kakak: macamana bu, boleh tak tukar?
Saya: Boleh, dia bagi yg baru
Kakak: ibu cakap apa?
Saya: ibu cakap kismis ni dah berulat
Kakak: dia MINTAK MAAF TAK?
SAYA: terdiam sekejap...eheh..iyalahhh..dia tak cakap pun mintak maaf
Kakak: ibu cakap apa
Saya: ibu cakap terima kasih la...

* DARI SUDUT AKHLAKNYA, DAH LAH SAYA NI REGULAR CUSTEMOR SEPATUTNYA MINTAK MAAF BANYAK2 LA, TAKKAN TAK DE RASA BERSALAH KOT....SAMPAI HATI.

Sunday, February 8, 2009

Hari Lahir Inshirah ke 10- 7/12/2008


Gambar-gambar sambutan hari lahir Inshirah yang jatuh sehari sebelum Eidul Adhah tetapi kami baca doa selamat dan potong kek pada Hari Raya Korban keesokkan harinya iaitu pada 8 Disember 2008.

Wednesday, October 22, 2008

IHTIFAL LITTLE KHALIF 'IRDINA SAFFIYAH..TAHNIAH


berlangsung pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 18 Oktober 2008 bertepatan dengan tarikh lahir Iman 'Aliya., di Dewan SIRIM Shah Alam...Pada majlis ni, Irdina buat persembahan, menerima sijil tamat tadika...Little Khalif (pUALAM), DAN DAPAT TEMPAT KETIGA DALAM KELAS...DAN KAMI JUGA menerima cabutan bertuah..memang bertuah hari tu..

Friday, October 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


Syawal sudah memasuki hari ke sepuluh...nampaknya baru hari ni saya sempat untuk menulis di blog ni. Banyak coretan yang nak ditulis sebenarnya sepanjang akhir ramadhan hingga syawal...Kali ni kami beraya di Alor Staq..tahun lepas memang kami tak dapat balik sebab saya menunggu masa untuk bersalin..dan Raya ke 6 lalu genaplah setahun usia Iman 'Aliya. Macam biasa bila raya di kedah saya selalu tolong mak mentua buat ketupat palas...tapi kali ni dek kerana sibuk dengan menyediakan bahan2 untuk masak rendang dan 'Aliya asyik meragam tak dapt pun tolong balut ketupat palas. Walaupun saya ni orang selangor dan biasa buat ketupa nasi (anyam ketupat) tapi sejak kahwin saya belajar buat ketupat palas dan alhamdulillah memang dah xpert la...orang kedah sendiri pun ramai yang tak tahu balut ketupat palas...so saya rasa agak berbangga juga lah..heheheheh..di rumah mak mentua saya juga buat nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh. Puas rasanya dapat makan nasi impit walaupun tak sama dengan ketupat sebenar..asalnya nak anyam dan masak ketupat tapi bila gi pasar daunnye pun dah habis...
Selasa, 30 September:
pagi2 lagi saya dan suami dah gi pasar untuk beli daging, ayam dlll. Pagi tu hujan, jalan pun sesak di pasar dan orang dah tentu berpusu-pusu. Tapi yang tak tahannya bila terpaksa beratur panjang untuk beli santan...beratur sampai sejam cuma nak beli 3 kilo santan jerrr macam tak berbaloiii..tapi tak pe sabar jerrrr...
RABU, 1 OKTOBER 2008- HARI RAYA
Pagi2 lagi saya dah bangun subuh dan mandi sunat eidul fitri...Kali ni saya mintak kakak shirah (anak yg sulong) untuk jaga baby 'Aliya dan saya pergi masjid solat eidul fitri. Walupun dia agak keberatan tapi akhirnya dia setuju..dapatlah saya solat hari raya di alor star. Balik masjid barulah mandikan imtiyaz dan aliya...bermaafan dengan suami dan anak2 serta keluarga yang lain..

Monday, September 15, 2008

Kesabaranku diuji


Bulan Ramadhan bukan sahaja menguji umat Islam supaya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapijuga menguji kesabaran dalam menghadapi apa jua terutama yang boleh mendatangkan kemarahan. Inilah satu perkara yang masih sukar untuk dihayati oleh kanak2 yang berpuasa. Begitulah dgn anakku2, mereka sudah boleh melepasi tahap menahan diri dari kelaparan tetapi masih skar untk bersabar terutama dengan adk-eradik.Mudah nya tercetus pergaduhan antara mereka seawal azan subuh hinggalah waktu berbuka. Kadangkala memang tak terkawal tapi ...Ya Allah..sabar jelah..Bagaimanapun jauh di sudut hati kuanjatkan rasasyukur kerana mereka tidak cerewet dalam bersahur dan berbuka. Mereka makan seadanya, kalau gi ke bazar Ramadhanpun tak delah mintak itu dan ini. Doaku semoga mereka mampu belajar untuk menahan kemarahan dan lebih bertolak-ansur erta berkasih sayang sesama adik-beradik.
****Antara rancangan kegemaran anak2ku di bula Ramadhan ini...Ipin & Upin, Ustaz Zamri bercerita..

Wednesday, September 3, 2008

Kenakalan Imtiyaz- 3 tahun


Ramadhan kali ini, imtiyaz jadi gangguan pada akak dan abangnya. Bila diusik yang dia tak puasa, dia marah dan nangis...katanya dia puasa..Bila time berbuka dia yang akan lebih sudu dari kuah walaupun sebelum waktu buka, dah beri dia makan dulu. Akhirnya gaduhlah dia dengan kakak dina atau abang alifnya tu..suka sangat merajuk..pastu tuduh semua orang pelat...kemana ayahnya nak pegi mesti nak ikut terutama kalau nak gi kedai..kalau tak diajak, dia meraung2..ayahnya nak gi masjid pun dia nak ikut..katanya dia nak 'bayam' gak (pelat-sembahyang) pastu dia tanya kenapa abng alifnya boleh ikut ayah..

Selamat Berpuasa anak-anakku


Hari ini hari yang ketiga Ramadhan. Kakak dan Alif tak de masalah berpuasa. Tahun ni giliran irdina pula yang perlu belajar mencukupkan puasanya. Hari pertama: dia bangun sahur bersama, tengahari: waktu baby 'Aliya makan bubur dia mula kecek nak makan bubur...lapar katanya. Aku pujuk dgn menjanjikan masakan ketam (lemak cili api) waktu buka nanti...mula2 ok tapi pastu..tak tahan gak, akhirnya bagilah sikit pastu dia kata sambung balik posanya. Petang, >< kul 5 masa aku tengah masak dia kecek nak minum pulak, aku pujuk dia supaya tahan lagi sebab tinggal beberapa jam saje..dia setuju tapi kemudian beberapa kali memujukku untuk benarkannya minum...tapi akhirnya alhamdulillah dia dapat bertahan juga.
hari ke 2: awal pagi sebelum ke sekolah aku pesan pdnya cuba tahan lapar & dahaga. Petang 5.45: dia kata tengahari tadi dia ada minum sikit air kawannya tapi pastu tak makan/minum apa2, dia pujuk lagi utk makan buah tp aku suruh tahan..akhirnya alhamdulillah ...bertahan gak. Hari ke 3: tak tau lagi camne..

Friday, August 15, 2008

Cuti sekolah bermula.


Cuti sekolah bermula, kebetulan sama pula dengan universiti. Tapi aku kene pergi kursus lak kat Uitm Dungun. Rasa berat lak nak gi, tapi kena pergi juga nak wat cam ne. Anak2???? kesian kat baby Aliya..dia mesti ikut tapi yang lain2 camne ye????hotel lak dah penuh. Rasanya aku bawa Aliya dan mak je ...okey gak.

Friday, July 4, 2008

Kismis


Kismis adalah makanan yang paling baik untuk otak. tetapi yang baik adalah yang dari jenis bersaiz besar, kulit nipis dan biji kecil. Yang terbaik adalah makan tanpa biji. Ia mengandungi zat nutrien. Kismis lebih baik dar anggur. Kismis adalah dari anggur yang telah dikeringkan. Disebut 11 kali dalam al-Qur'an bahawa anggur adalah buah yng paling lazat.