Friday, August 14, 2009
Jika itu takdirnya
13 Ogos 2009- Khamis. Selepas habis kelas pukul 2pm, saya merancang untuk masuk ke lab untuk menyiapkan beberapa tugasan, sambil solat zohor serta singgah sebentar di pejabat pendaftar. Masuk dlm kereta sy agak terkejut bila DJ radio IKIM, Nik Hasniah menyebut "semoga rohnya dicucuri rahmat...lepas tu lagu 'Pergi Tak Kembali'nyanyian Rabbani diputarkan. Sy meneka2 dan menelefon suami, tp dia pun tak tahu. Dan selepas itu lagu2 yg duputarkan adalah lagu kumpulan tersebut. Sy masuk lab, kawan saya memberitahu Ustaz Asri (rabbani) telah meninggal dunia. Saya panjatkan al-Fatihah. Walau terkejut tetapi menerima ajal dan maut adalah ditangan-Nya. Pkul 5.15 dlm kereta semasa hendak pulang sekali lagi lagu2 yg diputarkan di radio ikim adalah lagu2 rabbani, ada yg sy jarang dengar juga. hati berasa sayu. Hari ini (jumaat)segmen pagi di radio ikim DJ nya adalah Nik Hasniah dan...sy tak ingat. Masih memutarkan lagu2 rabbani, dan semua panggilan yg masuk mengucapkan takziah, malah ikim juga membuat panggilan kpd salah seorang anggota rabbani, asri, untuk bercerita peristiwa yg berlaku semalam serta pesanan ustaz asri dan halatuju rabbani selepas ini. selepas itu, diikuti lagu 'pergi tak kembali'. saya rasa amat sayu dan tanpa disedari manik2 jernih bertakung dan mengalir lesu. Manusia hanya sebagai tempat bersandar tetapi Allah swt adalah tempat manusia bergantung. Wallahu'alam.
Muffin comel
Hari ini saya buat lagi muffin untuk tempahan 400 biji (cup kecik) tapi saya cuma sempat siapkan 350 je. Selalunya saya siapkan malam dan kalu tak siap saya sambung semasa balik hantar anak. Tapi malam semalam sy letih sangat. Macam tu lah saya...untuk jadi usahawan ni, dalam masa yg sama kalau kita masih ada pekerjaan tetap banyak perlukan pengorbanan. Semasa saya beli tepung muffin semalam, saya bertanya kepada tuan kedai bape jumlah minimum jika sy nk bali byk. Katanya, 15kg dan hanya untuk satu2 jenis shj tidak boleh buat campuran. Harga utk 15kg itu pula berbeza kerana setiap 500gm yg dijual harganya berbeza. Tetapi kalau untuk coklat chip, utk 15kg harganya RM160 dan dapat 30 pek. Bagi Satu pek (500gm) berharga RM5.95, coklat (kosong) RM5.50, strwberry rm9.60, Kiwi rm7, blueberry rm8.90, vanilla rm5.00. Saya rasa sukar nk beli sebnyak 15kg kerana tak suka simpan stok terlalu banyak memandangkan sy terima tempahan hanya jika tidak sibuk, selain itu untuk jamuan di sekolah anak2 atau kenduri sanak-saudara. Tapi saya sebenarnya rugi bila beli sikit2. Selain tu, peniaga kedai tu juga beri nasihat kepada saya bagaimana untuk meletakkan /menentukan harga. Tapi saya rasa tak sanggup lah ikut harga yg dicadangkan, saya ni terlalu kesian kat org yg beli walaupun sy tak ada untung. Tapi saya rasa untuk belajar tentang dunia perniagaan, bab2 harga ni saya kena perlahan2, kalau kita ikhlas insyaallah berjaya.
Tuesday, August 4, 2009
Thursday, July 23, 2009
Muffin oh muffin
Saya menerima lagi tempahan muffin sebanyak 300 utk minggu depan. Tetapi sampai ke hari ini saya masih lagi memikirkan berapakah harga yg berpatutan untuk muffin saya itu. Saya cebenarnya buat jualan ni sekadar suka2, sementelah memang saya kerap buat untuk anak2 tetapi bila kawan2 menempah tak sampai hati pulak untuk menolaknya. Tapi bilda dah terima, rasa serba salah nak letak harga. Apa pun sekarang saya memang terasa jumlah harga yang saya letak tidak berbaloi dengan kepenatan, keletihan dan masa yang saya habiskan untuk berjaga malam membuat muffin ni. Saya rasa dapur saya pun dah buat masalah.....
Monday, July 6, 2009
Rumah sewa
sejak 2 minggu ini saya dan suami bertungkus lumus untuk mengemas dan membersih rumah lama kami sebab ada student yg nak menyewa. Walaupun pada awalnya agak keberatan untuk memberi sewa kepada student (sebab saya lebih suka family) tapi akhirnya saya terpaksa akur kerana family yg nak menyewa kebanyakkanya lambat lagi, ada pulak yg nak mintak murah. Tapi apa pun saya harap student2 ni tak buat kacau. Hari ni mereka masuk, asalnya mereka nak masuk 7 orang (satu geng) tapi ada sorang lagi kawan mereka yg nak sangat2 duduk sama jd mereka pakat terima saje sbb kesian. Kalau ramai sangat pun nanti riuh sangat menganggu jiran sebelah. Saya titipkan pesanan untuk mereka, yg paling penting hak jiran perlu dijaga, sakhsiah dan akhlak. Mudahan2 tiada masalah.
Sunday, July 5, 2009
Muffinku
Saturday, June 13, 2009
Agenda musim cuti sekolah
Macam biasa, kalau tiba musim cuti sekoah antara agendanya ialah majlis kenduri kahwin, berkhatan, pergi bercuti, kem motivasi dan balik kampung. Kali ini selain dari kenduri kahwin sepupu saya, saya dan suami bawa anak2 pergi ke muzium negara dan planetarium negara. Kami tak balik kampung.
Thursday, May 14, 2009
cetusan si kecil
Sempena hari ibu baru2 ni, anak sulong saya inshirah bagi saya hadiah. Walaupun kecil tapi besar maknanya..yang penting ia dari hati yg tulus. Anak ke 3 saya pula 'irdina bagi kad ucapan hari ibu yg dibuatnya sendiri. Macam bisa anak lelaki saya seorang tu, aliff,, paling tak kisah dan dia kata: "ala terlupalah nk beli hadiah, indagt nak bagi hari Isnin". Itu tak penting sebenarnya tapi ketaatan serta menghormati itu penting.Saya berjanji pada mereka pada hari berikutnya (Isnin) saya akan beri "sesuatu". Mereka tak senang duduk nampaknya terutamanya kakak yg tak sudah2 meneka-neka apakah yg akan ibu bagi.
Tiba pd hari yg dijanjikan saya beri salinan "luahan rasa sempena hari ibu" yg saya dpt pada mereka (setelah saya edit semula). Mula2 saya bagi pada kakak dulu tapi sy x sempat tenguk reaksi awalnya sebab sy bagi waktu nk tidur & sy pun menganuk sgt2. Esoknya 'irdina pula baca,,,,,dia memang tangkap leleh habis..
Monday, May 4, 2009
Hari Ibu
Hari ni saya dapt email sempena hari ibu, saya kira ia sgt menarik dan menyentuh persaan . Berikut saya sertakan isi kandunggannya. SELAMAT HARI IBU..
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Thursday, April 30, 2009
Robohnya sebuah kenangan
Gambar pd header ini adalah gambar kenangan sebelum rumah pusaka emak ini di robohkan untuk dibina yg baru (kira banglo la..) oleh abang saya. Emak paling beremosi kerana mengenangkan jasa dan kenangan rumah itu..di rumah inilah saya membesar tiga beradik, dan di rumah inilah juga emak membesarkan kami dgn keringat dan air mata..malah rumah ini juga dibina dengan kegigihan emak memandangkan arwah ayah tidak sempat membinanya (tetapi meninggalkan sebidang tanah rumah ini)
al-Fatihah utk si tukang kasut
(gambar hiasan..tp lebih kurg dgn kasut sy tu cuma rendah sikit)Petang semalam saya pergi ke tempat tukang kasut yg selalu saya betulkan kasut saya iaitu di tepi 7 eleven seksyen 7. Agak lama juga sebenarnya saya tak singgah di situ walaupun saya sebenarnya selalu melalui jalan tersebut ( di deretan belakangnya) kerana menghantar anak sekolah. Sesampainya saya di sana saya ada sedikit keraguan kerana pak cik yg biasa tu tak de, tapi org lain. Saya pikir..ah!pak cik ni mungkin gi makan kot..dia suruh kawan dia tunggu tempatnya...ada rasa sedikit kecewa di hati saya kerana mungkin sy hanya dapat tinggalkan pesan saje. tapi tak pe...saya teruskan juga langkah dan terus memberitahu brother tersebut apa masalah kasut saya...Kemudiannya sy bertanya:
"Mana pak cik yg selalu tu?"
"Pak cik tu dah meninggal..."
"Hah!Innalillah hi wainnailaihi rajiuuun ..bila..dah lama ke?? .." saya benar2 terkejut..suatu jawapan yg tidak terjangka oleh saya sama sekali.
"dah lama juga..lebih sebulan"..
"sakit apa?"
"sakit jantung"...segera sy terbayang gaya dan lagak pak cik tu ketika membuat kerjanya...sambil menghisap rokok...OOhhhh
Saya bertanya lagi, "abang ni sape pulak, anak dia atau kawan dia?"
"kawan dia" (dengan loghat utara)
"okeylah"...
"Bila nak ambik ni"
"Esok baru saya ambik"
"Ok, Boleh..."
Saya pun berlalu..masih dalam keadaan termangu. Saya teringat kembali gaya pak cik tu yg suka buat suara seperti upin dan ipin apabila bercakap. Kali pertama saya dtg dulu dia sangka sy org kelantan.
Monday, April 27, 2009
Sekitar Karnival Sukan SRIP Seks. 7 pd 25 April 09
Thursday, April 16, 2009
Mesyuarat Penduduk Gamelan Bukit Rajah
2 minggu lepas iaitu pada 5 April 2009 adalah satu mesyuarat penduduk telah diadakan iaitu melibatkan penduduk dari rumah voilet, daysie dan lotus. Petang ni pula mesyuarat susulan untuk penduduk kawasan lotus sahaja sebelum mesyuarat induk bagi ketiga3 bahagian di gamelan ini. Mesyuarat yg panas. Petang ni tak tahu la..saya akan bercerita lebih panjang..dengan gambar sekali.
Monday, March 30, 2009
Taman sayuran
Karnival....apa maksud amal
Saya ucapkan tahniah kepada penganjur karnival...PIBG dan sekolah SRAI TAF batu Belah . Seperti dijangka, Dr. SMS tak datang pun...Saya nak beri pendapat sikit. memanglah karnival ni untuk amal..tetapi saya tenguk konsep amal tu hanya untuk pengunjung sahaja nampaknya..para peniaga tak ada konsep amalpun, konsep untung seolahnya lebih awla dari konsep amal. Ini kerana harga beberapa makanan saya lihat mahal harganya.contohnya oblong ..saya selalu beli 3.50 tapi disini dijual 4.00. Adakah potongan amal itu dari pihak pembeli sahaja bagaimana dgn penjual. Inilah masanya untuk ikhlaskan harta dan rezeki tu untuk tujuan amal...entahlah...bersambung
Sekitar Karnival Amal Mesra SRAI TAF Batu Belah
Wednesday, March 25, 2009
TUKAR NAMA...PENAWARINDU KE MUFFIN COMEL
Saya tukar nama blog ni (alamatnya pun akan saya tukar juga) kepada muffin comel sebab muffin antara makanan yg kerap saya buat dan disukai oleh keluarga saya. Saya juga sedang memikirkan untuk mengembangkan bisness muffin ni..kira2 bercita2 nak jadi jutawan muffin la...InsyaAllah.
Wednesday, March 18, 2009
KARNIVAL AMAL MESRA SEK.AGAMA INTEGRASI TENGKU AMPUAN FATIMAH, BATU BELAH

Semasa mesyuarat PIBG yg lepas (x ingat tarikh) juga dibincangkan program karnival amal mesra STAF, Batu Belah. berikut iklan mengenainya. Sesiapa berminat boleh ikut serta untuk lebih lanjut boleh bukak blog karnival ni...http://pibgsraibb.blogspot.com/
Anak saya baru masuk sekolah STAF tahun ini selepas pindah rumah. Sebelum mereka sekolah di SRAI Seksyen 19 Shah Alam. Ini saya tolong iklan kan la jugak..
Monday, March 16, 2009
SELAMAT BERCUTI CIKGU IRIS

(ini gambar hiasan saje, bukan gambar group Cikgu Iris)
Cikgu Iris adalah salah seorang student saya. Dia dah grade kira2 3/4 tahun lepas (kalau tak silap saya). Dia student di Fakulti Education seksyen 17 Shah Alam. Cikgu Iris dan rakan sekelasnya merupakan guru2 PKPG yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan mereka banyak pengalaman mengajar. Kalau tak silap saya antara 5hingga 10 tahun mereka dah mengajar. Sebahagiannya sama umur pula dengan saya. Cikgu Iris pulak sambung belajar dengan suaminya sekali...duduk satu kelas lagi.
Kalau tak silap saya nama suaminya Robert. (Betul ke Iris...)Cikgu Iris adalah satu2nya student dalam groupnya yang masih berhubung dengan saya. Baru2 ni dia sms nombor telefon barunya. Tapi seingat saya, dia dah tukar nombor telefonya lebih kurang 3 kali , sama seperti kawan saya si Saadiah tu (ustajahh). Dia lagi teruk dah 5 kali saya rasa dia tukar nombor. Saya gurau dgn di orang ni yang asyik tukar nombor..lari dari 'along' ke....tapi dia org kata ...takkkk...Tapi nombor saya tetap sama dulu, kini dan selamanya...insyaallah, cuma telefon je tukar. Itu yg kadang2 ada nombor yang hilang. Apapun terima kasih pada cikgu Iris yang sentiasa mengingati saya.Kalau tak keberatan, cikgu Iris hantarlah kat saya foto terbaru..boleh saya masukkan dalam blog ni..
CUTI SEKOLAH - 14-22 MAC 2009
Minggu ini selama seminggu sekolah mula bercuti (semester break). Sabtu lepas (14/3/09) sekolah anak saya mengadakan sukan tahunannya. kakak masuk acara tarik tali (cikgu pilih mungkin sebab badanya yang besar) tapi kalah. Dia kata budak lain badan kecik2 macamana nak menang. Alif pulak sepatutnya masuk acara lumba lari dan lari kepit bola (kelakarnya..)tapi pada hari sukan dia hanya masuk acara lari kepit bola. tapi alhamdulillah menang pulak dapat nombor 2...jadilah..dapat hadiah bekas plastik yang besar. Tapi sekolah yang baru ni habis sukan pukul 3pm ..lama betul..kebetulan cuaca panas terik..apa lagi..muka kakak macam kena panggang...lupa lak nak suruh dia pakai sun block..kesian pulak kat dia...muka terbakar..alif, biasa la dia tu, tapi petang tu dia terlepas kelas taekwando. Sebabnya dia silap tenguk jadual dia ingat pukul 8 malam tapi rupanya pukul 5 pm.
Friday, March 13, 2009
Selamat Datang sahabatku...Saadiah

(Iniah gambar kawan sekolah saya, Saadiah dan keluarganya...dia tanya cun tak)
Saya nak cerita sikit pasal kawan saya , saadiah ni. Dia kawan saya sejak dari sekolah Menengah lagi. Bermula di sekolah agama hishamuddin sg. bertek, kemudian berpindah ke sekolah agama hishamuddin kampung jawa dan seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi. Sekarang dia jadi ustazah dan mengajar di Johor. kalau tak silap kota tinggi. Dia dah berkahwin tapi lewat sikit.. (ke lewat banyak....)dari saya. Tapi dia produktif, anaknya dah 3 atau 4 orang (lupa lak...tolong jawab saadi...) tapi anak dia semua lelaki. jadi kenalah dia beranak banyak2 lagi sampai dapat anak pompuan...hehehehe..Saya dah pencen dah...cukuplah 5. Saadiah ni rajin juga sms kata saya tapi kadang-kadang tanya soalan entah apa2, kadang2 soalan macam soalan periksa jerrr....hehehehe.baru ni dia kata sekolah dia baru masuk wireless, tu yang dia sibuk tanya email saya dan hari ni dia baru bagi email ye (baru buat.....sebab dah berapa tahun ntah tak bukak internet). tapi saya x de gambar dia, saya ada mintak jugak tapi katanya nanti ada orang salah gunakan gambarnya macam kes elizabeth (kahkahkah...)
apa pun...selamat datang ke blog ini...
Wednesday, March 4, 2009
Majlis Persaraan PM Dr. Kak Yah (25/2/09)

Rabu lalu kami mengadakan majlis persaraan PM Dr. Asiah ALi. Kak Yah adalah antara orang penting dalam sejarah penubuhan Unit Tamadun dan Pusat Pendidikan Islam di UiTM ini. Beliau orang lama yang kuat dengan semangat ...kak Yah dah melalui 4 era di UiTM tu, pengalaman yang bukan calang2..bermula era 70-an, 80-an, 90-an dan 2000-an. Kami meraikannya di Hotel UiTM, dan pada majlis yang sama kami juga meraikan perpindahan kak Zarimah ke bahagian pengambilan pelajar. Kak Imah pun dah 8 tahun juga kat CITU. SELAMAT BERJAYA KEPADA MEREKA. Dan pada Kak Yah, CITU akan kekurangan seorang lagi pakar rujuk...semoga bahagia dengan anak cucu.
Wednesday, February 25, 2009
Muffin dan kismis berulat

Mufin adalah antara menu kami sekeluarga dan agak kerap juga saya buat terutama jika ada kenduri adik-beradik, birthday anak, jamuan sekolah anak atau balik kampung. Sesekali pulak, kawan kat office mintak, saya buat dan jual lah. Baru2 ni mereka tempah 400 biji ( 200 coklat dan 200 vanilla+kismis hitam). Al-kisahnya, untuk adunan pertama vanilla tak de masalah dan kismis yg saya guna adalah elok kerana kismis ni memang saya simpan untuk stok di rumah. Tapi untuk adunan kedua saya guna kismis yg memang baru dibeli untuk tempahan ini. Tapi aamatlah terkejut bila dibuka, dalamnya dah berulat ...siap ada serangga lagi. Masa beli memag tak nampak tapi bungkusannya sy agak pelik sebab terlalu kedap. Bila sya tanya dgn kakak & mak cik kedai tu (memang saya regular custemor)kata "meang macam tu, tak de masalah..".

Saya pergi ke kedai tu semula dan menukarnya yg baru. Alhamdulillah x ada masalah. Tapi bila masuk kereta anak sulong saya tanya:(begini perbualannya):
Kakak: macamana bu, boleh tak tukar?
Saya: Boleh, dia bagi yg baru
Kakak: ibu cakap apa?
Saya: ibu cakap kismis ni dah berulat
Kakak: dia MINTAK MAAF TAK?
SAYA: terdiam sekejap...eheh..iyalahhh..dia tak cakap pun mintak maaf
Kakak: ibu cakap apa
Saya: ibu cakap terima kasih la...
* DARI SUDUT AKHLAKNYA, DAH LAH SAYA NI REGULAR CUSTEMOR SEPATUTNYA MINTAK MAAF BANYAK2 LA, TAKKAN TAK DE RASA BERSALAH KOT....SAMPAI HATI.
Subscribe to:
Posts (Atom)


